• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Dulu Bajaj Pulsar NS200, Sekarang Kawasaki Z1000

#BikinMotor: Dulu Bajaj Pulsar NS200, Sekarang Kawasaki Z1000

April 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

309
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAJAJ Pulsar NS200 yang diubah suai ini adalah sentuhan bengkel modifikasi LeeAT Motor dari Vietnam. Siapa sangka penampilan asal naked bike jalanan itu dapat dibikin menjadi cukup agresif seperti mana model yang menjadi ilham pembikinan, iaitu Kawasaki Z1000.

Rekabentuk depan nampak kemas dengan lampu acah Z1000, siap dengan visor, manakala paras tangki minyak ditambah panel fairing untuk menyerlahkan imej maskular. Skema warna kuning dan hitam dipilih untuk menyerlahkan penampilan keseluruhan.

PULSAR Z1000
BAJAJ PULSAR NS200
KAWASAKI Z1000

Kowl enjin dan tayar lebar memberikan imej lebih ganas, serta fender depan dinaikkan sedikit tinggi. Bagi mendapatkan profil belakang mirip Z1000, pemasangan panel badan baharu dilakukan. Ekzos standard pula digantikan sistem ekzos Akrapovic yang lebih besar dan padu.

BACA >>> Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 Turun Harga!

Bajaj Pulsar NS200-Kawasaki Z1000_5
Bajaj Pulsar NS200-Kawasaki Z1000_4
Bajaj Pulsar NS200-Kawasaki Z1000_7

Rekaan lampu belakang tirus dipadankan dengan set pelana kustom. Penampilan 'NS200 Z1000' ini cuma sekadar kosmetik dan aspek mekanikal kekal sama. Model asal India ini masih mengekalkan enjin silinder tunggal 199.5cc penyejukan cecair berkuasa 23.5hp @ 9,500rpm dan tork 18.3Nm @ 8,000 rpm.

Sistem transmisi menggunakan klac manual 6-kelajuan dengan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Sistem brek pula juga kekal menggunakan brek cakera standard, tetapi panel meter digital penuh ilham Z1000.

BACA >>> Kawasaki Perkenal Z1000 R Edition (2020), Bengis Habis!

GALERI
Bajaj Pulsar NS200-Kawasaki Z1000_1
PULSAR Z1000
PULSAR Z1000
Bajaj Pulsar NS200-Kawasaki Z1000_6
Bajaj Pulsar NS200-Kawasaki Z1000_7
Bajaj Pulsar NS200-Kawasaki Z1000_4
Bajaj Pulsar NS200-Kawasaki Z1000_5

SUMBER: MaxAbout

Related

309
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bajaj Auto, Bajaj Pulsar NS200, bikinmotor, Kawasaki, kawasaki z1000, kustom, Modenas, Modifikasi, Restorasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev