CHINA adalah negara semua boleh. Anda boleh ciplak apa saja dan tidak akan dikenakan undang-undang kerana dasar perlindungan hak cipta dan harta intelek yang longgar di sana.
Ini membolehkan sesiapa saja, sama ada da individu atau perusahaan besar menghasilkan apa saja tanpa sekatan.
Kali ini anda boleh dapatkan LEGO untuk model drift ikonik, Toyota AE86, tetapi ini bukanlah yang asli. Walaupun bukan produk sah, ataupun keluaran rasmi Toyota, tetapi produk mainan ilham Initial D Toyota AE86 ini direka cukup teliti.
Walaupun bongkah plastik kecil yang membentuk AE86 itu nampak seperti produk LEGO asli, tetapi ia sebenarnya buatan CaDA. Secara jelas, itu bukan model rawak Toyota Sprinter Trueno, tetapi benar-benar kereta yang dipandu Takumi ketika melakukan drift dalam Initial D.
BACA >>> Tak Dapat Main Bola, Pemain Man City Ini Siap Pasang LEGO Bugatti Chiron
Perincian itu dapat dilihat pada but belakang yang siap tersedia peti tauhu dan bukan tauhu biasa, tetapi 'Tofu Fujiwara Klasik'. Ada pula beberapa kiub tauhu putih atas kotak kayu. Malah kit digunakan lebih maju berbanding kit LEGO biasa.
Perincian kualiti blok yang digunakan mirip seperti produk dewasa, LEGO Technics seperti panem pembukaan, pautan stereng yang boleh berpusing dan suspensi roda belakang yang tertulis non-independent, sama seperti kereta sebenar.
BACA>>>Toyota 86 GT Black Limited - Tribut Model Spesial 86 GT APEX Black Limited
Dan bukti lain yang mengesahkan itu AE86 dalam anime Initial D adalah gelas air yang diarahkan Old Man Bunta untuk disimpan Takumi dalam kereta dan tidak menumpahkannya. Juga turut tersedia roda stereng 3 jejari, tombol gear dan brek tangan.
Namun, model itu tidaklah sempurna 100 peratus. Masih ada kecacatan yang dapat dikesan pada kluster meter dan kekurangan kerusi belakang. Malah kabin kereta Takumi adalah merah tua. Namun, layout ruang enjin 4A-GE agak kemas. Anda boleh lihat flywheel yang jadi sebahagian pautan stereng dan lampu depan boleh buka-tutup.
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota
Kit 'LEGO China' ini didatangkan dengan alat ganti modifikasi seperti spoiler atau enjin V8 yang bukan sebahagian Initial D Hachiroku. Terakhir, anda boleh menghidupkan model ini dengan kotak bateri motor servo. Dengan 1,234 bongkah blok, mainan ini dijual pada harga serendah AS$41 (RM180).
GALERI
SUMBER: JapaneseNostalgicCar
Leave a Reply