• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Jepun Ubah Suai Odyssey, StepWGN untuk Bawa Pesakit Covid-19

Honda Jepun Ubah Suai Odyssey, StepWGN untuk Bawa Pesakit Covid-19

April 21, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPANJANG krisis wabak Covid-19 ini, kita boleh saksikan banyak pengeluar automotif menghulurkan sumbangan dengan cara masing-masing. Proton misalnya memberikan pinjam kenderaan, manakala Lamborghini mengeluarkan topeng muka. Begitu juga pengeluar lain sama ada dalam bentuk wang ringgit, kemudahan logistik ataupun kelengkapan kesihatan.

Semua tindakan itu wajar dipuji, tambahan lagi industri automotif dunia memang sangat terkesan dengan krisis yang melanda.

BACA >>> Honda Odyssey (2018) - MPV Mini Paling Selamat di Amerika Menurut Ujian IIHS

Honda Odyssey (Hybrid)
Honda StepWGN

Di Jepun, Honda mengubah suai kenderaan pelbagai guna (MPV) Odyssey dan StepWGN untuk dijadikan pengangkutan khas untuk pesakit yang mengalami gejala sederhana wabak tersebut.

Memandangkan Covid-19 boleh berjangkit melalui titisan atau cecair badan (droplets), Honda memasangkan pengadang antara pemandu dan penumpang belakang. Penyelesaian yang dibuat nampak ringkas, tetapi praktikal dan mampu mengatasi masalah dihadapi pengangkutan sedia ada.

Penyelesaian lain, ruang pemandu dan penumpang juga dikedapkan supaya udara dari kedua-dua bahagian itu tidak saling bercampur. Penyaman udara pula diubah suai supaya udara dari belakang tidak menembus masuk ruang depan, manakala aliran udara ruang belakang dikeluarkan menerusi ventilator khas pada lantai but.

Pengeluaran MPV khas itu sudah dimulakan di Kilang Saitama, Jepun. Honda juga merancang menyediakan kenderaan itu ke kawasan yang mencatatkan banyak kes positif Covid-19 seperti Tokyo.

Selain itu, menjelang penghujung Mei 2020, Honda bakal memulakan pengeluaran pelindung muka di Kilang Tochigi dan Suzuka. Kelengkapan perlindungan itu akan diberikan percuma ke pusat-pusat kesihatan terlibat.

BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade Menang Anugerah Rekabentuk Red Dot 2020!

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Honda, Honda Japan, honda odyssey, Honda Step WGN, Honda StepWGN, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev