HONDA Motorcycle Japan Co Ltd mengumumkan kelewatan penghantaran model CBR1000RR-R kepada pelanggan yang sudah menempah model berkenaan.
Superbike edisi 2020 itu dilancarkan di Malaysia pada Januari lalu, tetapi disebabkan krisis wabak Covid-19, pengeluaran model itu terpaksa ditunda. Menurut kenyataan Honda Japan:
Kami menerima tempahan daripada sebilangan besar pelanggan CBR1000RR-R Fireblade dan CBR1000RR-R Fireblade SP yang dilancarkan 20 Mac lalu. Disebabkan wabak berjangkit Covid- 19, penghantaran beberapa bahagian komponen ditangguhkan, mengakibatkan kelewatan pengeluaran.
"Kami sekarang berada dalam situasi komponen tidak tiba mengikut jadual dan mengambil sedikit masa, tetapi kami akan lakukan yang terbaik untuk menghantar produk secepat mungkin. Kerjasama anda sangat dihargai."
Honda memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Difahamkan pelanggan yang sudah membuat tempahan akan dihubungi wakil jualan. Laporan Kojintekibikematome menyatakan hanya model SP ditunda kerana produk Brembo dari Itali tidak dapat dihantar.
Pengeluaran CBR1000RR-R SP dijangka bermula selepas Mei ini. Model yang menggunakan alat ganti dari China, Thailand, Vietnam, dan Eropah juga berisiko mengalami kelewatan pengeluaran.
CBR1000RR-R SP menggunakan brek Brembo depan dan belakang, manakala varian Standard menggunakan produk Nissin. Difahamkan pengeluaran Brembo di Itali digantung hingga 3 April.
BACA >>> Malaysia Pertama di Asia Dapat Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Harga RM199k!
Selain itu, model lain yang turut terjejas ialah Gold Wing kerana menggunakan beberapa komponen dari China, manakala model lain yang menggunakan komponen dari Thailand, Vietnam, dan Eropah turut berisiko. Berikut model Jepun yang dipasangkan di luar negara atau menggunakan komponen luar:
THAILAND
- Grom
- Monkey 125
- Super Cub 125
- ADV150
- Rebel 250/500
- CB250R
- CRF250L / CRF250RALLY
- CBR400R / 400X
- CB650R / CBR650R
INDONESIA
- Forza
- CBR250RR
VIETNAM
- PCX
- Dio110
- Reed 125
CHINA
- Super cub
- Cross cub
- Benly
- Gold Wing (part)
EROPAH DAN AMERIKA
- CB1300 SF / SB SP (sebahagian)
- CBR1000RR-R SP (sebahagian)
BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Lancar Pertengahan Julai, Tambah 3hp
Leave a Reply