• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pratempahan SYM MAXSYM TL Sudah Dibuka, Di Pasaran Malaysia Jun Ini?

Pratempahan SYM MAXSYM TL Sudah Dibuka, Di Pasaran Malaysia Jun Ini?

April 20, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINGGU lalu kami melaporkan tentang ketibaan skuter maksi SYM MAXSYM TL ke pelabuhan Malaysia menerusi imej intip kiriman pembaca.

Model ini khabarnya patut dilancarkan minggu ini, tetapi terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19. Buat masa ini pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia, MForce Bike Holdings masih belum mengumumkan pratempahan model berkenaan.

Ada kemungkinan MForce mahu menunggu hingga pelancaran rasmi model tersebut.

BACA >>> #Spyshot: Kelibat SYM MAXSYM TL Dikesan di Pulau Pinang?

Bagaimanapun hasil tinjauan kami, ada beberapa pusat jualan SYM sudah menerima tempahan MAXSYM TL serendah RM500 dan mempromosi skuter itu di laman Facebook masing-masing dengan menguar-uarkan harga jualan sekitar RM35,888 dan RM38,000.

Menurut maklumat wakil jualan, MAXSYM TL akan di pasaran pada Jun nanti. Namun, tidak diketahui tentang status stok unit sedia ada.

MAXSYM TL ialah model dwi-silinder pertama SYM yang dijana enjin 465cc DOHC berkuasa 40.2hp @ 6750rpm dan tork 42.5Nm @ 6250rpm.

Selain patuh regulasi Euro4, enjin skuter ini menggunakan sistem suntikan bahan api dengan penyejukan cecair, manakala hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik CVT. Agihan berat 50:50, jarak roda pendek dan suspensi sebelah tunggal jenis multilink di belakang menawarkan prestasi pengendalian terbaik.

Penampilan sporty dan saiz badan kompak tidak memerlukan kemasan kompleks, malah memiliki  karakter tunggangan yang lincah dan agresif. Keselesaan tunggangan disokong fork teleskopik (depan) dan swingarm (belakang). Bahagian roda menggunakan rim aluminium 15 inci dan tayar 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).

BACA>>>#EICMA2019: SYM Maxsym 400i ES Lancar, ke Malaysia Suku Ketiga 2020

 

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Pra tempahan, roda2, skuter, skuter maksi, SYM, SYM MAXSYM TL, tempahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my