PENGEDAR tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan promosi Ford Ranger WildTrak yang menawarkan penjimatan hingga RM8,000.
Sepanjang tempoh promosi, selain WildTrak, pembeli varian Ranger lain juga akan menerima rebat tunai seperti berikut:
- Ford Ranger WildTrak (2.0L Bi-Turbo) - RM7,000
- Ford Ranger XLT 2.2L - RM9,000
- Ford Ranger XLT Special Edition - RM8,000
- Ford Ranger XLT Plus - RM7,188
Semua varian Ranger tersebut ditawarkan dengan waranti kilang selama 3 tahun atau 100,000km (yang mana satu tiba dahulu). Selain itu, selaras inisiatif digital SDAC-Ford, pelanggan yang berminat dengan promosi ditawarkan boleh menghubungi Jurujual Digital Ford bermulan Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 4 petang.
Caranya, pelanggan hanya perlu menghubungi talian WhatsApp +6 019-204 1200 untuk memulakan perbualan. Setiap pertanyaan akan dilayan dalam masa 24 jam atau pelanggan boleh layari laman web sdacford.
BACA >>> Ford Ranger Raptor (2020) Baharu dengan Ciri Dipertingkat, Harga Mula RM208k
Leave a Reply