VOLKSWAGEN Passengers Cars Malaysia (VPCM) melancarkan kempen selepas jualan 'Welcome Back' dengan menawarkan manfaat khas kepada pemilik Volkswagen yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan.
Manfaat diberikan berupa token penghargaan untuk mengurangkan beban dan memberikan ketenangan minda kepada ahli keluarga Volkswagen, terdiri daripada prioriti tempahan, sanitasi kereta percuma dan diskaun 10 peratus daripada jumlah keseluruhan bil (tertakluk terma dan syarat).
BACA >>> Volkswagen eShowroom - Beli Kereta Online dengan Ekstra Diskaun Sepanjang PKP!
Jadi, pemilik Volkswagen yang menjadi petugas barisan hadapan diminta mendaftarkan kawasan mereka bekerja secara atas talian sebelum dihubungi kakitangan Volkswagen untuk pengesahan. Selepas diluluskan, manfaat tambahan akan dikreditkan ke dalam dompet aplikasi Volkswagen Cares dan sedia digunakan untuk membuat pratempahan.
Tempahan mesti dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Kempen tersebut turut memberikan baucar minyak enjin RM50 kepada pemilik yang tidak menebus servis percuma dan bukan ahli Volkswagen Cares Plus (VCP).
Sebarang proses pendaftaran dan janji temu boleh layari laman web Volkswagen dan muat turun aplikasi Volkswagen Cares untuk mendapatkan manfaat ditawarkan.
Leave a Reply