TVS Motor Company mengumumkan pembelian jenama motosikal British, Norton Motorcycles dengan nilai tunai153 juta rupee (RM8.7 juta) yang membolehkan konglomerat automotif India itu memiliki aset tertentu Norton Motorcycles (UK) Limited menerusi salah satu subsidiari TVS Motor luar negara.
Pengarah Urusan Bersama TVS Motor Company, Sudarshan Venu berkata, ini detik penting untuk TVS Motor Company kerana Norton ialah jenama ikonik Britain yang diterima seluruh dunia, sekali gus memberikan peluang kepada syarikat untuk meluaskan skala perniagaan antarabangsa.
BACA >>> TVS Apache RR 310 Masuk Malaysia Tahun Ini, Alternatif BMW G310R yang Lebih Murah
Transaksi ini seiring usaha kami untuk memenuhi aspirasi pelanggan. Kami akan memberikan sokongan penuh kepada Norton untuk mengembalikan kegemilangan jenama itu di peringkat antarabangsa.
"Norton akan terus mengekalkan identiti tersendiri dengan rancangan perniagaan khas. TVS Motor pula akan bekerjasama rapat dengan pelanggan dan pekerja dalam membina kejayaan dan keunggulan jenama Norton Motorcycles dan berharap dapat berkembang bersama di peringkat global pada tahun mendatang," katanya.
TVS juga yakin sinergi kukuh dengan Norton dapat memanfaatkan jaringan global kedua-dua pengeluar membabitkan keupayaan rangkaian bekalan untuk pasaran baru.
Masalah aliran tunai tidak mencukupi adalah sebab Norton Motorcycles bergelut dengan isu memenuhi tempahan pelanggan. Lebih memburukkan keadaan, pemilik terdahulu, Stuart Garner dilaporkan terbabit dalam skandal penipuan.
BACA>>>Norton Selesai Siapkan Atlas Ranger dan Atlas Nomad, Pencabar Baharu Segmen Scrambler
Walaupun Norton V4 SS Limited Edition (foto atas) habis terjual cepat pada harga £44,000 (RM240,150), tetapi dana yang diperlukan untuk mendapatkan komponen dan membina model edisi terhad itu masih tidak mencukupi. Malah Norton turut melaburkan sejumlah wang untuk model saiz pertengahan baharu dengan enjin Parallel-Twin, dinamakan Atlas Nomad dan Ranger.
Model tersebut dijangka menjadi produk pengeluaran tinggi untuk Norton, tetapi pengeluar itu tidak memiliki kemampuan untuk meluaskan kapasiti pemasangan kilang.
Susulan pengambilalihan TVS, bagaimanakah pula perjanjian Norton dan Kinetic Engineering, berpangkalan di Pune, untuk model 650 pemasangan tempatan di India yang akan dieksport ke pasaran Asia.
BACA >>> Norton - Motosikal Legenda Perang Dunia Jengah Pasaran Indonesia
SUMBER: AutoCarIndia
Leave a Reply