• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Triton Model H - SUV Elektrik 1,500hp yang Boleh Dipandu Sejauh 1,126km!

Triton Model H - SUV Elektrik 1,500hp yang Boleh Dipandu Sejauh 1,126km!

April 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT teknologi dari New Jersey, Amerika Syarikat, Triton Solar melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik pertama jenama itu, Triton Model H.

Model H dikelaskan sebagai SUV elektrik premium yang mampu memuatkan lapan dewasa dengan selesa dengan ruang kargo seluas 5,663 liter. Model ini menggunakan pek bateri 200kWh yang mampu dipandu sejauh 1,126km untuk sekali cas penuh.

Setiap roda SUV ini dipasangkan seunit motor dengan sistem pacuan semua roda yang membolehkan kuasa 1,500hp dihasilkan, manakala pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 2.9 saat.

BACA >>> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Triton Solar, Himanshu Patel berkata, projek SUV ini sudah bermula sejak 18 bulan lalu. Triton menjanjikan kuasa 1,500hp dan keupayaan angkut dan tunda beban 6,985kg tanpa menjejaskan aspek keselesaan pemandu dan penumpang.

Tempahan kini dibuka dan boleh dibuat menerusi laman Tritonev. Seramai 100 pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima Edisi Pengasas dengan beberapa ciri unik.

Pembeli perlu membuat deposit awal AS$5,000 (RM21,850) sebelum bayaran susulan AS$135,000 (RM589,950)  dalam masa lima hari bekerja. Hanya 100 unit Edisi Pengasas akan dikeluarkan Triton Solar yang siap diberikan waranti 10 tahun atau jarak perbatuan 150,000 batu (240,00km), mana satu tiba dahulu.

BACA >>> Nio ES6 - SUV Elektrik Premium dari China dengan Harga Bermula RM217k

GALERI

SUMBER: Motor1 

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Himanshu Patel, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV Elektrik, Triton Model H, Triton Solar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my