• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rider Foodpanda Kini Dapat Caruman Perkeso

Rider Foodpanda Kini Dapat Caruman Perkeso

April 18, 2020 By Aryon Leave a Comment

373
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERAMAI 2,544 penghantar makanan (rider) Foodpanda seluruh negara menerima manfaat perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) menerusi caruman FoodPanda Malaysia.

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, caruman berjumlah RM199,958.40 diserahkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai penghargaan kepada penghantar Foodpanda dan komitmen syarikat ke atas kebajikan pekerja dengan memberi perlindungan keselamatan sosial sekiranya berlaku kejadian luar jangka ketika bekerja.

BACA >>> PRIHATIN: Pekerja PKS Gaji Bawah RM4k Dapat Subsidi Upah Maksimum RM1.2k Sebulan!

Kesihatan dan keselamatan para rider adalah keutamaan kami. Pada awal tahun lalu, kami melancarkan polisi insurans yang bukan saja melindungi rider ketika mereka bertugas, malah melindungi mereka 24 jam sehari.

“Sumbangan kami kepada Perkeso adalah salah satu inisiatif kami untuk para rider, dan kami sentiasa komited memberikan yang terbaik kepada semua rider kami."

- SAYANTAN DAS, Pengarah Urusan Foodpanda

dr-mohammed-azman-ceo-perkeso
sayantan-das-foodpanda

Dalam kenyataan sama, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kerjasama dengan syarikat peneraju platform makanan atas talian itu adalah satu pendekatan progresif bagi meluaskan jaringan keselamatan sosial dalam kalangan penghantar barangan dan makanan yang bekerja sendiri.

Menurutnya, Perkeso melalui SKSPS menyediakan perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri, melibatkan 20 sektor tidak formal termasuk sektor pengangkutan barangan dan makanan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), yang mula dikuatkuasakan sejak 1 Jun 2017 secara berperingkat bermula sektor pengangkutan penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas.

SKSPS juga memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan ketika bekerja, termasuk tanggungan mereka jika belaku kematian berkaitan bencana pekerjaan.

BACA >>> Covid-19: Rider FoodPanda PJ Beri Makanan kepada Barisan Depan Negara

Antara faedah yang disediakan SKSPS adalah:

  • Faedah perubatan
  • Hilang upaya sementara
  • Hilang upaya kekal
  • Elaun layanan sentiasa
  • Faedah orang tanggungan
  • Faedah pengurusan mayat
  • Kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional
  • Pinjaman pendidikan

SUMBER: Bernama

Related

373
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), Auto Terkini, Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, Foodpanda, Foodpanda Malaysia, Penghantar Makanan, Perkeso, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Rider, Rider Foodpanda, Sayantan Das, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev