• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Akan Lancar Skuter Elektrik dengan Rekabentuk Ekstrem di India

KTM Akan Lancar Skuter Elektrik dengan Rekabentuk Ekstrem di India

April 16, 2020 By Aryon Leave a Comment

11.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM bersedia menghasilkan skuter elektrik yang dijangka memasuki barisan pengeluaran pada 2022 di kilang Bajaj, India. Pengeluar motosikal dari Austria itu sebelum ini pernah melancarkan motosikal elektrik jenis dirt bike, Freeride E-XC dan model off-road untuk kanak-kanak, SX-E 5

KTM dan Bajaj akan memasuki pasaran motosikal elektrik menerusi produk KTM yang menampilkan rekabentuk unik dan tersendiri. Sepatutnya produk pertama akan dilancarkan tahun depan, tetapi skuter elektrik seperti dalam gambar ini dijadualkan memasuki pengeluaran pada awal 2022 di kilang Bajaj di Pune, India.

BACA >>> Covid-19: KTM Tutup Kilang di Austria Selama Dua minggu

KTM dan Bajaj juga bakal melancarkan pelbagai model elektrik yang akan menumpukan pasaran tempatan di India dan juga antarabangsa. Projek kenderaan elektrik (EV) itu terdiri daripada pelbagai model berbeza seperti basikal EV, skuter EV dan lain-lain.

Pengerusi Eksekutif Pierer Mobility, Stefan Pierer berkata, projek berkenaan adalah sebahagian pembangunan EV PTW (Powered Two Wheeler) dalam julat voltan rendah 48V yang dibangunkan bersama Bajaj.

Skuter elektrik KTM dan Bajaj itu menampilkan rekabentuk ekstrem dengan frem utama berwarna jingga sebagai warna signatur KTM. Roda depan menggunakan absorber khas dan nampak seperti dilengkapkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran, dan beberapa teknologi moden lain.

ktm-freeride-e-xc-i
ktm-freeride-e-xc-ii

KTM sebelum ini pernah memperkenalkan motosikal elektrik dinamakan Freeride E-XC yang sah ditunggang atas jalan. Ia dipacu motor elektrik berkuasa 18kW yang membolehkan tunggangan selama 90 minit.

BACA >>> KTM SX-E 5 - Motosikal Off-Road Elektrik untuk Kanak-Kanak 3-10 Tahun

SUMBER: Zingnews.vn

Related

11.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bajaj Auto, KTM, KTM Freeride E-XC, KTM-Bajaj, motosikal elektrik, roda2, skuter elektrik, Skuter Elektrik KTM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev