PENUTUP rim adalah antara sisa kenderaan yang kerap kita lihat berserakan di jalanan. Ada berpendapat ia sepatutnya sudah tidak lagi jadi sebahagian komponen kereta dan patut digantikan dengan rim sport sebagai ciri standard.
Namun, bagi sesetengah sisa tersebut boleh menjana pendapatan lumayan. Inilah apa dilakukan pengukir dari Brighton, Britain, Ptolemy Elrington B, 54, yang sudah mengumpul lebih 5,000 penutup rim untuk digubah menjadi ukiran arca haiwan.
Antara haiwan ciptaannya ialah jaguar, kucing, ikan yu, serigala, labah-labah hingga pepatung. Percaya atau tidak, arca penutup rim kereta itu boleh dijual antara £500 (RM2,710) hingga £7,500 (RM40,690) setiap satu. 😱
BACA >>> 10 Rekabentuk Rim Sport Aftermarket Paling Ikonik
Elrington mula membuat ukiran pertama menggunakan bahan penutup rim kereta pada 2002 sebagai hobi sebelum menjalankan projek kitar semula itu sebagai kerjaya sepenuh masa.
Ini sebenarnya pilihan bahan yang pelik. Saya pernah menetap di Bradford dekat satu selekoh tajam dan permukaan tidak rata. Di sini saya mengutip penutup rim kereta yang tertanggal dan ada yang berkilat serta cantik.
"Semasa mengumpul penutup ini, saya mula terfikir untuk buat sesuatu. Idea asal untuk menghasilkan sut pertahanan tetapi ketika memotongnya, saya ternampak bentuk ikan. Inilah permulaannya," katanya.
Sebagai permulaan, Elrington akan membersihkan semua penutup rim kereta sebelum dipotong mengikut bentuk ukiran yang mahu dicipta. Selepas itu, dia akan menebuk lubang dan menggunakan wayar sebagai medium pengikat. Proses akhir adalah menyembur cat.
Setiap satu arca mengambil masa beberapa hari hingga tiga bulan untuk disiapkan mengikut saiz dan tahap kesukaran. Jika berminat membeli arca penutup rim, bolehlah lawat lama HubCapCreatures.
BACA >>> Nissan Tukarkan Model SUV dan Sport Jadi Kereta Salji (Khas Buat 'Hobi Kami Mahal')
GALERI
SUMBER: DailyMail
Leave a Reply