• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hafizh Akan Dapat Dana KBS dalam Masa Terdekat

Hafizh Akan Dapat Dana KBS dalam Masa Terdekat

April 16, 2020 By Aryon Leave a Comment

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) pada Januari lalu bersetuju menaja pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk berlumba dalam Moto2 musim ini. Terbaharu, dana tersebut dilaporkan akan disalurkan badan sukan negara itu dalam masa terdekat

BACA >>> KBS Setuju Nak Taja Hafizh!

Menurut kenyataan KBS, semalam;

KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara memaklumkan perkara ini kepada Hafizh mengenai kelulusan penyaluran dana bagi membantu menampung kos perlumbaan beliau bagi tahun 2020 pada awal Mac lalu.

"Dana yang akan disalurkan tersebut akan diserahkan melalui Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai badan pemantau program pembangunan sukan permotoran di negara ini."

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan jumlah dana yang bakal diterima Hafizh. Menurut KBS lagi, bantuan seumpama itu adalah tanda sokongan kepada apa jua pembangunan sukan, termasuk sukan permotoran yang mampu mengharumkan nama negara.

Selepas dua musim beraksi dalam kategori MotoGP, pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu kembali semula ke Moto2 musim ini bersama pasukan baharu, Angel Nieto Team. Beliau sempat beraksi dalam pusingan pertama di GP Qatar, tetapi persembahan ditunjukkan agak kurang menyerlah.

BACA >>> Moto2: Nagashima Raih Podium Pertama Grand Prix, Hafizh Gagal Menyinar

SUMBER: Bernama

Related

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angle Nieto Team, Aspar Team, Auto Terkini, el pescao, Hafizh Syahrin Abdullah, HS55, KBS, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Moto2 2020, MotoGP 2020, pescao, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev