• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pesara Boleh Hilang Pencen Kalau Masuk Jel Ingkar PKP (Walaupun Sehari)

Pesara Boleh Hilang Pencen Kalau Masuk Jel Ingkar PKP (Walaupun Sehari)

April 15, 2020 By Azhan O Leave a Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PESARA Kerajaan yang didapati bersalah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga dihukum penjara walaupun sehari boleh hilang manfaat wang pencen yang diterima setiap bulan.

Peguam, Adnan Seman berkata, mengikut aspek perundangan, seseorang pesara masih layak menerima wang pencen walaupun didakwa di mahkamah atau didenda. Namun mengikut Seksyen 21 (1) Akta Pencen 1980, seseorang pesara itu boleh hilang kelayakan pencen serta-merta apabila dijatuhkan hukuman mati atau penjara.

Adnan dipetik BHarian berkata;

Mana-mana individu yang menerima pencen atau faedah lain di bawah akta ini dan dikenakan hukuman mati atau penjara dalam suatu tempoh oleh mahkamah, pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti serta-merta.

“Namun, pencen ini boleh diperoleh semula mengikut Seksyen 21 (2) Akta Pencen 1980 sekiranya dia mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam hal ini, pengampunan Yang di-Pertuan Agong membolehkan elaun tanggungan diberikan, tetapi jumlahnya bergantung kepada apa yang difikirkan patut untuk isteri atau anak pesara dari segi nafkah dan faedah mereka, selain untuk pesara sejurus tamat menjalani hukuman (penjara)."

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, pesara Kerajaan sepatutnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat untuk sentiasa mematuhi PKP walaupun tidak lagi berkhidmat dalam sektor awam.

“Pesara Kerajaan pernah berkhidmat sebagai penjawat awam yang mana secara jelas mereka dididik dengan nilai untuk menyokong sepenuhnya peraturan kerajaan.

“Dalam keadaan sekarang, mereka bukan saja perlu patuh malah sama-sama menjadi contoh serta menasihati individu sekeliling untuk mengikut sepenuhnya PKP,” katanya.

DENDA INGKAR PKP

Mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, mana-mana individu yang melanggar peruntukan tersebut dan didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pesalah PKP juga boleh didakwa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan penalti tidak dikenakan apabila disabit kesalahan. Sebaliknya dipenjara tidak lebih dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Akta kedua ini seiring seperti apa dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob semalam dalam yang menyatakan pesalah PKP boleh direman dan didakwa di mahkamah jika didapati ingkar PKP, bermula PKP Fasa Ketiga ini.

BACA >>> Menteri: Siapa Ingkar PKP Boleh Naik Mahkamah, Mula Esok!

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, pesalah  boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

SUMBER: BHarian

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Adnan Seman, Auto Terkini, Covid-19, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Hilang Wang Pencen, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pesara Kerajaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
    TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev