• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: BMW R nineT Gaya Pesawat Pejuang MiG-17, Sentuhan Mekanik Rusia

#BikinMotor: BMW R nineT Gaya Pesawat Pejuang MiG-17, Sentuhan Mekanik Rusia

April 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

684
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW R nineT ini dikustomkan Mikhail Smolanovym dari Zillers Garage di Moscow, Russia yang dihasilkan bersama John Red Design.

Sportbike kustom itu dibikin menjadi cafe racer neo retro dengan panel fairing menutup penuh bahagian mekanikal kecuali unit enjin boxer 1,170cc yang tersembul keluar. Sebagai makluman, Smolanovym ialah juara kustom yang karyanya selalu menang banyak pertandingan modifikasi seluruh Rusia dan dunia.

BACA >>> BMW R nineT (2019) Baharu dengan Skema Warna Option 719

Projek BMW kustom ini sepatutnya ditayangkan pada Pameran Motosikal Motovesna (MMS),tetapi tidak dapat dilakukan berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia. Jadi, ia didedahkan secara atas talian sahaja.

Tiada maklumat lengkap tentang spesifikasi model tersebut. Namun spesifikasi enjin standard NineT mampu menghasilkan kuasa 110hp @ 7,750rpm.

Peringkat awal pembikinan dimulakan dengan melakar rekabentuk model menggunakan perisian CAD (rekabentuk berbantu komputer). John Red Design bertanggungjawab membuat lakaran, manakala Smolanovym mengubah tetapan suspensi untuk mengurangkan jarak kelegaan tanah supaya profil jentera ini dapat direndahkan serendah mungkin.

Bagaimanapun, sistem suspensi pneumatik meninggikan badan motor apabila dihidupkan. Penampilan depan badan R nineT nampak seperti pesawat pejuang MiG-17. Bahagian sistem ekzos direka sendiri, manakala bahagian brek menggunakan Brembo dengan rim sport aloi tuang kustom.

jet-rusia-mig-17-1
jet-rusia-mig-17-2

Lampu depan, lampu belakang dan panel pemuka direka semula supaya sesuai dengan fizikal jentera. Bahagian bar hendal dipasangkan cermin sisi dan Smolanovym turut menghasilkan sendiri ruang simpanan bawah pelana yang siap dilengkapi soket USB.

BMW R nineT Kustom_1
BMW R nineT Kustom_12
BMW R nineT Kustom_16

Smolanovym turut mengubah suai bahagian brek depan dan tuil klac yang dipadankan butang kawalan jauh untuk melaraskan sistem suspensi udara. Komponen lain seperti piston dan penutup minyak adalah sama bagi mengekalkan karakter brek dan klac.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Virago 750 Jadi Cafe Racer

GALERI
BMW R nineT Kustom_10
BMW R nineT Kustom_4
BMW R nineT Kustom_21
BMW R nineT Kustom_14
BMW R nineT Kustom_18
BMW R nineT Kustom_7
BMW R nineT Kustom_15
BMW R nineT Kustom_1
BMW R nineT Kustom_25
BMW R nineT Kustom_2
BMW R nineT Kustom_22
BMW R nineT Kustom_23
BMW R nineT Kustom_16
BMW R nineT Kustom_3
BMW R nineT Kustom_5
BMW R nineT Kustom_19
BMW R nineT Kustom_8
BMW R nineT Kustom_9
BMW R nineT Kustom_11
BMW R nineT Kustom_12
BMW R nineT Kustom_13
BMW R nineT Kustom_17
BMW R nineT Kustom_20
BMW R nineT Kustom_24

SUMBER: DriveMag

Related

684
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, BMW, BMW Motorrad, BMW R nineT, Cafe racer, kustom, MiG-17, Modifikasi, Restorasi, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev