• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bising Sangat Main Gim Masa PKP, Lelaki Kena Tetak Jiran Polis Pencen

Bising Sangat Main Gim Masa PKP, Lelaki Kena Tetak Jiran Polis Pencen

April 15, 2020 By Aryon 1 Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki berusia 26 tahun ditetak jirannya yang tidak berpuas hati kerana berbuat bising di rumah. Insiden berlaku di Taman Kempas, Sungai Petani, kira-kira jam 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu berkata, suspek berusia 63 tahun itu, yang juga pesara polis, pergi ke rumah mangsa dan memanggilnya keluar yang ketika itu sedang bermain alatan gim di ruang tamu rumah.

Suspek dikatakan berang kerana peralatan gim yang digunakan mangsa untuk bersenam mengeluarkan bunyi bising kuat hingga mengganggu ketenteramannya. Kedua-dua mereka kemudian saling bertengkar sebelum suspek menetak mangsa pada bahagian tepi tapak tangan, lengan dan bahu sebelah kiri, manakala tulang lengan kiri patah akibat ditetak.

Mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil serta perlu menjalani pembedahan pada tulang tangan kiri.

Suspek ditahan polis di rumahnya malam tadi dan polis turut menemui sebilah parang sepanjang satu meter dipercayai digunakan dalam pertengkaran tersebut. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.


ULASAN KAMI

Kalau dah sampai tahap sanggup keluar parang, maknanya tahap bising tu dah sampai kepada tahap mengganggu emosi. Lagi-lagi masa Perintah Kawalan Berkurung (PKP) sekarang ni. Jiran awak tu nak tengok TV dan nak sembang-sembang dengan keluarga dia, kamu pula ketang... ketung... ketang... ketung... kat sebelah duk hempas besi. Manalah orang tak stres, depres dan mental.

Bila sound, pandai pula kamu menjawab. Ye la abang sadokan? Sekali... Nahhhhhh.....

Semoga kita sama-sama tidak mementingkan diri dalam hidup berjiran. Banyak-banyaklah bersabar dan fikirkan cara yang lebih rasional dan siuman.

Related

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abang Sado Kena Tetak Jiran, Asisten Komisioner Adzli Abu, Auto Terkini, Jiran Bising, Kena Tetak Jiran, Sungai Petani

Comments

  1. Angeleyes says

    April 15, 2020 at 12:45 PM

    Pengajaran buat semua yang hidup berjiran. Perlu fikirkan sama kepentingan jiran2 tambahan lagi musim MCO tak boleh keluar rumah. Lakukan hanya aktiviti yang tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Nasib baik ko tak mampus...hidup jangan menyusahkan orang.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev