• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Lexus Lancar 3S Kuching

BERITA AUTO: Lexus Lancar 3S Kuching

June 14, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

1.The New Lexus Kuching ShowroomLEXUS Malaysia mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran kenderaan mewah menerusi pembukaan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) pertama di Kuching, Sarawak.

Menelan perbelanjaan sebanyak RM52juta, pusat 3S lima tingkat yang beroperasi Jalan Datuk Tawi Sli, Kuching Sarawak itu dikendalikan oleh kumpulan syarikat Boulevard Jaya. Ia dilengkapi pelbagai kemudahan canggih sinonim dengan jenama Lexus yang dikendalikan oleh 20 staf terlatih dan berpengalaman.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, pihaknya bangga dengan pembukaan pusat 3S baharu yang dikendalikan Boulevard Jaya sebagai pengedar Lexus berdasarkan keupayaan pengurusan cekap dan dedikasi ditunjukkan.

" Kami bukan saja sebagai penjul kenderaan mewah, malah turut menawarkan pengalaman yang tiada tandingan bagi setiap pelanggan yang memasuki pusat pameran. Lebih penting, setiap individu adalah tetamu dan perlu diberikan layanan sebaiknya," katanya.

Sehingga kini, Lexus Malaysia sudah memiliki enam pusat 3S iaitu di Mutiara Damansara, Pulau Pinang, Johor Bahru, Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Kuching Sarawak. Manakala dua lagi premis Lexus akan dilancarkan menjelang suku ketiga tahun ini, masing-masing di Ipoh dan Melaka.

Dalam usaha melebarkan lagi sayap perniagaannya, Lexus Malaysia turut melaburkan RM50juta bagi menawarkan keselesaan kepada lebih ramai pelanggan untuk merasai sendiri layanan mewah Lexus.

Sepanjang tempoh itu, Lexus Malaysia berjaya menjual 6,000 unit kenderaan dan mensasarkan menjual sejumlah 1,400 unit kenderaan tahun ini. Hubungi talian bebas tol Lexus di 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS) atau layari www.lexus.com.my untuk maklumat lanjut.

4.UMW Toyota Motor Chairman, Tan Sri Asmat Kamaludin, presenting a token_ of appreciation to the first Lexus Kuching customer. Mr Wong Ted_ Choon

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Ismet Suki, kumpulan syarikat Boulevard Jaya, Lexus Malaysia, Presiden UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev