SUPERBIKE Kawasaki H2 versi mini ini dihasilkan sebuah bengkel di wilayah Aichi, Jepun dengan menggunakan naked bike Kawasaki Z125 Pro sebagai asas modifikasi. Sebelum ini bengkel tersebut pernah menukarkan model mini Kawasaki KSR110 kepada KR1000.
Sebelum menjelmakan H2 mini ini, bengkel tersebut terlebih dahulu menghasilkan lakaran dan melakukan beberapa ujian sebelum memulakan proses pemasangan. Tempoh membuat lakaran saja mengambil masa setahun setengah.
Hasilnya memang tidak mengecewakan, motosikal ini tampil mirip seperti abang besar H2, cuma terdapat perbezaan ketara dari segi enjin, antara 1000cc dan 125cc. Justeru bagi menghasilkan bentuk H2 mini itu, pihak bengkel perlu membina 40 acuan berbeza dengan lengkung dan sudut sama seperti H2 asal.
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Ninja H2 vs Lightning LS-218, Siapa Juara Lumba Drag?
Malah, tiada sebarang skru dan bolt digunakan yang pastinya memerlukan tahap kemahiran teknikal tinggi. Lampu halogen depan ditanggalkan dan diganti lampu tunggal seperti H2.
Perincian seperti sayap dan paip ekzos juga mirip H2. Cuma casis dan enjin ditala supaya sepadan dengan gaya baharu tersebut. Bahagian atas badan diubah sedikit ke depan. Perbezaannya dapat dilihat pada aerodinamik belakang, tetapi tangki masih sama.
Panel meter, lampu belakang dan lampu signal kekal menggunakan komponen Z125. Versi superbike mini itu juga menggunakan lencana 'Ninja H2' dan 'Supercharged' seperti model asli. Menarikkan?
BACA >>> Spesifikasi Bimota Tesi H2 Bocor? Sama Kuasa, Tetapi Lebih Ringan daripada H2
Leave a Reply