• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Siapa Ingkar PKP Boleh Naik Mahkamah, Mula Esok!

Menteri: Siapa Ingkar PKP Boleh Naik Mahkamah, Mula Esok!

April 14, 2020 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


MEREKA yang ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pewrgerakan (PKP) boleh direman dan didakwa di mahkamah bermula esok.

Hukuman terbaharu itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana masih ramai individu ingkar PKP hingga menjejaskan sasaran Kerajaan untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19.

BACA >>> Covid-19: Individu Ingkar PKP Akan Kena Kompaun RM1k, Mula Hari Ini!

Beliau berkata, ada individu yang tidak takut dikenakan kompaun RM1,000 kerana mampu bayar. Menurutnya;

Saya dimaklumkan polis, semalam ramai keluar dan sebagainya. Itu betul, benar. Ramai daripada kebiasaan sebab difahamkan ramai pergi ke bank untuk keluarkan wang dan wang BPN (Bantuan Prihatin Nasional) diberikan Kerajaan.

"Sebab itulah polis bersetuju pematuhan itu masih lagi tidak mencapai tahap kita sasarkan. Jadi ramai lagi sudah lupa atau sengaja lupa, masih lagi keluar seperti biasa.

"Justeru, polis tidak lagi akan berkompromi dan akan hadap (individu ingkar PKP) ke mahkamah. Mungkin mereka akan direman atau mungkin akan berada di lokap satu, dua hari. Sebabnya, bila beri kompaun mereka boleh bayar kerana ramai tak takut dikompaun.

"Insya-Allah, mulai esok tiada kompromi lagi dan akan tuduh mereka di mahkamah supaya rakyat patuh setiap arahan Kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

BACA >>> Ingkar PKP, Beri Alasan Nak ke Pasar Sebab Tesco Tak Potong Ikan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Naik Mahkamah Ingkar PKP, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev