• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasangan Kekasih Main Kejar-Kejar dengan Polis, Tetapi Minyak Pula Habis

Pasangan Kekasih Main Kejar-Kejar dengan Polis, Tetapi Minyak Pula Habis

April 14, 2020 By Han Othman Leave a Comment

778
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN polis terpaksa mengejar sepasang kekasih di Melaka sejauh 15km kerana enggan menghentikan kenderaan dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Suprintendan Arshad Abu berkata, bagaimanapun pemandu lelaki, 24, dan teman wanitanya, 18, dapat ditahan polis apabila kenderaan dinaiki pasangan tersebut kehabisan minyak di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.

Menurut Arshad, pasangan berkenaan sebelum itu dikesan melanggar lampu isyarat di persimpangan tiga sekitar kawasan Rumbia. Kesalahan tersebut disedari dua anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah yang kemudian pergi menghampiri kenderaan suspek.

BACA >>> Menteri: Siapa Ingkar PKP Boleh Naik Mahkamah, Mula Esok!

Bagaimanapun, suspek enggan memberhentikan kenderaan, dan bertindak agresif dengan memecut kenderaan sebelum berlaku adegan kejar mengejar antara kedua-dua pihak.

“Bagaimanapun, selepas mengejar sejauh kira-kira 15km, kenderaan dipandu suspek tidak dapat meneruskan perjalanan apabila kehabisan minyak.

“Suspek berjaya ditahan di Taman Angkasa Nuri dan teman wanita suspek dilihat turut berada dalam kenderaan terbabit,” kata Arshad.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati pasangan itu keluar untuk melepak bersama, sekali gus melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang boleh dikenakan kompaun RM1,000.

Semakan rekod lampau mendapati pemandu berkenaan pernah ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan disabitkan hukuman di bawah Akta Dadah Berbahaya 12(3), Seksyen 411 Kanun Keseksaan, manakala teman wanitanya tiada sebarang rekod lampau. Pasangan tersebut kini direman empat hari hingga Khamis ini.

“Kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 / Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” kata Arshad.

BACA >>> Ingkar PKP, Beri Alasan Nak ke Pasar Sebab Tesco Tak Potong Ikan

SUMBER: AstroAwani

Related

778
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ingkar PKP, Langgar Lampu Isyarat, Pasangan Kejar Mengejar dengan Polis, PDRM, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Suprintendan Arshad Abu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev