APA pula pilihan anda? PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) mengumumkan pemenang pertandingan modifikasi digital 'GSX Series Digital Modifikasi' yang memasuki siri kedua dan berakhir pada akhir Februari lalu. Tiga pemenang dipilih berdasarkan kreativiti rakaan seragam GSX-S150.
Menurut SIS, gaya rekaan peserta masih cenderung sama seperti musim lalu. Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran 2W SIS, Yohan Yahya berkata, pemenang memiliki kemahiran untuk menghasilkan perincian menarik bagi menyerlahkan lagi aura sporty model tersebut.
“Pertandingan musim lalu sangat berjaya, begitu juga musim kedua ini yang mana peserta dicabar menghasilkan rekabentuk seragam versi sendiri untukSuzuki GSX-S150.
“Rekabentuk moden sedia ada GSX-S150 diakui mencabar kreativiti baharu dalam menghasilkan seragam yang tepat dan bersatu dengan lekukan dinamik,” katanya.
Keputusannya, karya Joni Agung Prasetyo dipilih sebagai juara. Menurut juri, rekaan Joni memiliki komposisi dan kombinasi tegas, sesuai dengan karakter dan penampilan GSX-S150 yang berjaya menyerlah makna kebebasan menunggang.
Karya Tommy Kurniawan Suriana pula meraih tempat kedua dengan menambilkan rekaan berani menerusi kombinasi warna eksperimental, Candy Blue dan Chrome Blue, sekali gua memberikan nafas baharu pada lekukan GSX-S150.
Karya terbaik seterusnya jatuh kepada Risky Fauzi Satria Purnama di tempat ketiga yang dipilih berdasarkan penampilan rekaan yang energetik.
Joni sebagai juara membawa pulang hadiah tunai Rp2 juta (RM550), dan naib juara mendapat Rp1.5 juta (410), manakala tempat ketiga Rp1 juta (RM270). Juara 'Best of the Best Design' bakal meraih tunai sebanyak Rp3 juta (RM820).
Siri terakhir baru saja berakhir 31 Mac lalu yang mana peserta siri ketiga ini perlu menghasilkan rekaan untuk seragam GSX150 Bandit.
BACA >>> Suzuki Indonesia Umum Harga GSX-150 Bandit, Rp26 juta (RM7,137) Sahaja
Leave a Reply