• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Nissan Silvia S13 dengan Enjin NA RB25, Kemasan Denim Betty Smith

#BikinKereta: Nissan Silvia S13 dengan Enjin NA RB25, Kemasan Denim Betty Smith

April 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODIFIKASI kali ini adalah model Nissan S13 Silvia yang dikuasakan enjin RB25. Pernahkan anda dengar tentang bengkel TotalCreate E.PRiME?

Insan yang bertanggungjawab di sebalik bengkel modifikasi itu ialah Eiji Daito. Jika melalui Geibi Line di utara Hiroshima, ada satu hentian di pergunungan dinamakan Ibaraichi. Ia kawasan kampung dengan pemandangan sawah, gunung-ganang, pergunungan dan pokok buah-buahan terbentang indah.

Di situlah Daito membesar dan pada usia 18 tahun modifikasi pertama dilakukannya ialah Toyota AE86. Terkini dia memilih Nissan Silvia S13 untuk diubah suai.

Namun model Nissan itu tidak seperti model E.PRIME lain yang pernah dihasilkan sebelum ini. Baginya, ini adalah salah satu model terbaik yang membuktikan kemampuan pembikin modifikasi berevolusi. Ia bukan sekadar mempamerkan sesebuah kenderaan, tetapi turut menumpukan kepada bentuk dan fungsi.

BACA >>> 5 Kereta Hebat Dikuasakan Enjin Legenda Nissan RB

ENJIN NA - RB25DE NEO

Enjin 4-silinder jenis induksi paksaan (force induction) digantikan dengan enjin aspirasi natural (NA) RB25DE NEO. Naik taraf OEM boleh dilihat menerusi talaan terotel elektronik Z33, pam minyak R32, penutup injap RB26 dan injektor VQ37.

Selain itu, komponen aftermarket yang dapat dilihat menerusi kerja gilapan 'port and polish' ambilan manifold TRUST, regulator tekanan minyak SARD, kipas elektrik SPAL, pam air elektrik Davies Craig dan header one-off serta ekzos ciptaan Daito sendiri. Radiator aluminium mungkin satu-satunya kelebihan enjin daripada unit Mazda RX-7 FD3s lama.

Mempertaruhkan transmisi manual 5-kelajuan R32 Skyline, Silvia ini bukan hanya dipadankan flywheel dan klac Nismo, tetapi digabungkan dengan diferensial gelincir terhad (LSD) dan gear akhir 4.7. Tidak ketinggalan, Daito turut menggunakan Link G4+ ECU dari Z32 untuk mengawal enjin, manakala harness kustom diikat bersama untuk merapikan ruang tersebut.

Penampilan luar dipadukan rim aloi 18 inci Yokohama ADVAN TC4, dan pemilihan brek dan rotor R32 Skyline, tetapi sitem suspensi S13 menjadi tarikan utama. Bukan selalu kita dapat dua jenis damper berbeza pada satu-satu kenderaan. Daito memilih TEIN di depan dan A’PEXI di belakang dengan keempat-empat roda dipasangkan spring RS-R.

Menurut Daito, dia sukakan rod damper TEIN yang keras, dan A’PEXI pula memberikan keseimbangan ideal antara keselesaan dan kawalan.

Perubahan badan dibuat ringkas seperti penggunaan spoiler OEM depan dan belakang, skirt sisi TBO, cermin sisi East Bear Sport, bonet FRP dan semburan cat Subaru Violet Blue (biru). Daito turut menggunakan komponen motosikal, fender belakang terpisah Harley Davidson.

BACA >>> #BikinKereta: Nissan Almera (2020) dengan Kit Badan Drive68 untuk Gaya Mengancam!

KEMASAN DENIM BETTY SMITH


Sentuhan eksklusif diteruskan pada kabin dengan set kerusi daripada material Betty Smith Edition Bride Low Max, iaitu jenama denim Jepun terkenal. Daito khabarnya menghantar set kerusi belakang S13 ke unit upholsteri Bride di Nagoya hanya untuk memiliki bahan yang sama.

Tema kabin lain turut mendapat sentuhan denim Betty Smith, ihsan pakar upholsteri 9010. Menurut Daito, penggunaan kemasan upholsteri pada keseluruhan kabin supaya sepadan material kerusi mengambil masa lama dan belanja wang yang bukan sedikit. Begitu juga usaha menambah sistem Link Z32 yang agak rumit.

Daito berkata, dia cuma ada masa tiga bulan untuk menyempurnakan kereta itu untuk acara Wekfest Jepun. Kereta tersebut akhirnya berjaya disiapkan, cuma belum mendapat kelulusan untuk kegunaan atas jalan. Agaknya, apakah karya baharu lain yang akan dipersembahkan TotalCreate E.PRiME selepas denim Betty Smith dan kuasa enjin NA RB25 pada Nissan Silvia S13 ini?

BACA >>> Hot Wheels Lancar Koleksi Japan Historic 3 Peringkat Global di AOS Malaysia 2019

GALERI
NISSAN SILVIA S13_7
NISSAN SILVIA S13_6
NISSAN SILVIA S13_17
NISSAN SILVIA S13_14
NISSAN SILVIA S13_12
nissan-silvia-s13-rb25-jepun-6
nissan-silvia-s13-rb25-jepun-4
NISSAN SILVIA S13_13
NISSAN SILVIA S13_1
nissan-silvia-s13-rb25-jepun-5
NISSAN SILVIA S13_11
NISSAN SILVIA S13_15
NISSAN SILVIA S13_4
NISSAN SILVIA S13_8
NISSAN SILVIA S13_3
NISSAN SILVIA S13_16
nissan-silvia-s13-rb25-jepun-3
nissan-silvia-s13-rb25-jepun-2
nissan-silvia-s13-rb25-jepun-1
NISSAN SILVIA S13_10
NISSAN SILVIA S13_9
NISSAN SILVIA S13_2
NISSAN SILVIA S13_5
nissan-silvia-s13-rb25-jepun-7

SUMBER: superstreetonline

Related

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Betty Smith Edition Bride Low Max, bikinkereta, Eiji Daito, Modifikasi, Nissan, Nissan RB25, Nissan S13 Silvia, Nissan Silvia, Restorasi, TotalCreate E.PRiME

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev