• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Yamaha R15 V3 dengan Kit Badan R1M

#BikinMotor: Yamaha R15 V3 dengan Kit Badan R1M

April 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA R15 V3 yang anda sedang lihat ini menjalani proses modifikasi paling ekstrem untuk tampil mirip abang besarnya, R1M.

Faktanya, modifikasi ini cuma membabitkan kerja luaran sahaja menerusi kit badan siap pasang secara PnP (plug and play) yang boleh ditanggalkan dengan mudah. Kit badan ini turut hadir dengan lampu utama kustom dan visor cembung besar, fairing tepi kustom dan panel belakang baharu berserta pad penyandar belakang.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Sistem Klac Yamaha Y15ZR dengan R15 untuk Transmisi Lebih Lancar

yamaha-r15-v3-r1m-indo-1
yamaha-r15-v3-r1m-indo-8
yamaha-r15-v3-r1m-indo-5
yamaha-r15-v3-r1m-indo-4
yamaha-r15-v3-r1m-indo-6

Uniknya, panel belakang sengaja dikustomkan, siap dengan set winglet untuk memberikan lebih efek aerodinamik. Begitu juga fender depan, juga kustom dengan skup untuk menyuapkan udara ke enjin.

Lampu belakang dan signal belok dipasang kemas pada panel baharu.  R15 R1M ini adalah model spesifikasi Indonesia kerana menggunakan fork terbalik (USD) dan peg kaki belakang aluminium.

R15 sudah melalui banyak peringkat modifikasi sejak berdekad lalu. Ramai pemilik sportbike itu bukan saja mengubah suai rupa, tetapi juga menambah teknologi terkini. Walaupun modifikasi ini lebih kepada gaya dan penampilan, tetapi itu sudah cukup mempesonakan mata yang memandang.

Kemasan dekal hitam-putih pada sisi fairing dan semburan cat hitam pada tangki memberikan kontras sempurna. Di Malaysia, R15 ditawarkan dengan enjin silinder tunggal 4-lejang 155cc SOHC VVA berkuasa 19hp dan tork 14.7Nm.

Di Indonesia, kit badan daripada bahan gentian kaca ini berharga 5.5 juta rupiah (RM1,510) dengan berat total 27kg.

BACA >>> #BikinMotor: Transformasi Yamaha R15 v3 Jadi YZF-R1M dengan Kos Cuma RM2.6k

GALERI
Yamaha-R15-V3-R1M-1
Yamaha-R15-V3-R1M-6
Yamaha-R15-V3-R1M-5
Yamaha-R15-V3-R1M-2
Yamaha-R15-V3-R1M-4
Yamaha-R15-V3-R1M-3
yamaha-r15-v3-r1m-indonesia-2
yamaha-r15-v3-r1m-indo-1
yamaha-r15-v3-r1m-indo-3
yamaha-r15-v3-r1m-indo-4
yamaha-r15-v3-r1m-indo-5
yamaha-r15-v3-r1m-indo-6
yamaha-r15-v3-r1m-indo-7
yamaha-r15-v3-r1m-indo-8

SUMBER: MaxAbout | R-Mod.com

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, bikinmotor, kustom, Modifikasi, roda2, sportbike, sportbike 150cc, streetbike, Yamaha, Yamaha R15 V3, Yamaha R15 V3 Indonesia, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev