• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jenama Motosikal EV Premium, Energica Akan Masuk Indonesia!

Jenama Motosikal EV Premium, Energica Akan Masuk Indonesia!

April 11, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

554
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDONESIA boleh dikatakan negara yang cukup beruntung di Asia Tenggara untuk pasaran motosikal kerana menjadi tumpuan banyak pengeluar dari Asia dan Eropah.

Sebagai contoh, Kawasaki Ninja ZX-25R akan dihasilkan di negara jiran itu. Malah, kebanyakan model baharu Yamaha, terutama dalam kategori sportbike melakukan debut antarabangasa di sana, dan Malaysia cuma perlu menunggu beberapa tahun selepas itu.

Indonesia kini sedang menanti kehadiran Italjet Dragster, iaitu skuter yang direka buat penggemar sesuatu yang lebih radikal, dan begitu juga Royal Alloy untuk peminat gaya retro.

BACA >>> Rim Kawasaki Ninja ZX-25R Versi Lumba Buatan Indonesia?

EGO
EVA Ribelle
EVA EsseEsse9

Paling baharu, pengeluar motosikal elektrik pertama Itali, Energica Motor Company bakal menawarkan produk jenama itu ke pasaran Indonesia. Bukan satu tetapi ada tiga model Energica akan diperkenalkan, iaitu:

  • EGO (sportbike fairing)
  • EVA Ribelle (streetfighter)
  • EVA EsseEsse9 (naked bike)

"Jika tiada halangan, kami akan lancar secepat mungkin. Belum ada harga ditetapkan dan akan dimaklumkan ketika pelancaran," kata seorang jurujual kepada portal Kompas.

Energica, Italjet, Niu dan Royal Alloy dibawa masuk pengedar rasmi Utomo Corp, iaitu syarikat jualan dan pemasaran motosikal dan skuter terbesar Indonesia sejak 40 tahun lalu.

BACA >>> Kawasaki Indonesia Lancar W175 Cafe (2020) dengan Tiga Warna Baharu, Harga Sama

Energica 2
Energica 1
Energica 3

Indonesia memiliki pasaran motosikal yang sedang berkembang. Sepanjang 2019, Indonesia mencatat jualan 6.5 juta unit motosikal dan skuter, iaitu ketiga terbesar selepas India dan China. Jakarta meletakkan sasaran pendaftaran sekurang-kurangnya 2 juta unit motosikal dan skuter elektrik terjual menjelang 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Utomocorp, Denny Utomo berpendapat inilah masa sesuai untuk meneroka pasaran motosikal elektrik, terutama segmen premium.

"Saya sudah ikut perkembangan Energica sejak 2015. Ia mewakili jenama unggul dalam sektor itu (EV), tiada tandingan setakat ini,” katanya.

Bagi Pengarah Pemasaran dan Jualan Energica, Giacomo Leone berkata, Indonesia adalah pasaran penting untuk pengeluar itu dan berbesar hati menyambut Utomocorp dalam rangkaian pengedaran selepas kedua-dua pihak memeterai perjanjian baru-baru ini.

BACA >>> Energica Ego Sport Black - Sportbike Elektrik dengan Pecutan Jentera Lumba, 241kmj!

SUMBER: Kompas |RideApart

Related

554
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Energica, Energica Ego, Energica Motor Company, Indonesia, Italjet Dragster, roda2, Royal Alloy, Utomo Corp

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev