• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Viva Dirempuh Lamborghini Dapat Ganti Myvi

Pemandu Viva Dirempuh Lamborghini Dapat Ganti Myvi

April 10, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEJADIAN seperti ini sangat jarang berlaku dan memang patut dihebohkan. Apa yang terjadi mengingatkan kita bahawa masih ramai lagi warga Malaysia yang baik hati, bertimbang rasa dan rasional.

Kisahnya begini, seorang pemilik Lamborghini yang terbabit kemalangan dengan sebuah Perodua Viva dipandu seorang ibu tunggal, memutuskan tidak menuntut sebarang ganti rugi akibat kerugian dialaminya. Sebaliknya, dia ‘menghadiahkan’ pula Myvi terpakai kepada pemilik model kompak tempatan itu.

BACA >>> #RetroAuto: Daihatsu Charade (2006) - Perodua Viva Versi UK, Siap Varian 3 Pintu!

Lamborghini Langgar Viva_3
Lamborghini Langgar Viva_4

Apa dilakukan Thomas Heng, 40, memang layak dipuji apabila tindakannya itu ditularkan rakannya, Azman Nor menerusi Facebook, tiga hari lalu.

Heng sebenarnya bukan pemandu Lamborghini tersebut ketika kemalangan berlaku, tetapi keretanya itu dipandu seorang rakan perniaaannya yang mahu keluar beli barang keperluan.

Ketika di Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor, rakannya itu dikatakan tidak sempat mengelak sebuah Viva di depan yang tiba-tiba menukar lorong tanpa memberikan sebarang isyarat. Akibat kemalangan tersebut, Lamborghini miliknya remuk sekitar bahagian depan kanan, manakala Viva dipandu wanita itu rosak teruk, yang diklasifikasikan sebagai ‘total lost’ (musnah).

Heng berkata, kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan, dan kedua-dua pihak terlibat sudah buat repot polis untuk proses tuntutan insurans. Cuma tuntutan untuk kereta ‘total lost’ biasanya akan mengambil masa sedikit lama, dan jumlah diinsuranskan pula sangat rendah.

BACA>>>#BikinKereta: Mekap Lamborghini Aventador SV Gaya Chris Brown

Lamborghini Langgar Viva_1
Lamborghini Langgar Viva_2

Pemilik kedai ‘wrapping’ itu berkata, simpati dan prihatin dengan kesulitan dialami wanita berkenaan, dia bermurah hati menghadiahkan sebuah kereta terpakai sebagai ganti apabila mengetahui wanita itu ibu tunggal dan ada tiga anak.

“Hati saya tersentuh bimbang dia terputus sumber rezeki, jadi saya belikan Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan yang dijual menerusi dalam talian. Ini bukan soal ada wang boleh beli apa saja, tetapi apa yang saya buat ini lebih kepada memudahkan urusan dan mengurangkan beban dialaminya," katanya.

Kata Heng lagi, bagi menjamin ketelusan, mereka membuat perjanjian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada masa depan.

“Dalam perjanjian itu, saya rela hati beli kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanita tersebut. Malah, saya tidak akan menuntut sebarang ganti rugi termasuk wang tuntutan insurans daripada kemusnahan Viva tersebut dan akan jadi hak wanita itu sepenuhnya untuk kegunaan dan keperluannya,” katanya.

“Proses penukaran hak milik kereta akan diuruskan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Bagi membantunya mempromosikan perniagaan atas talian, saya hantar Myvi itu untuk proses rekabentuk iklan," kata Heng yang merancang menyerahkan Myvi berkenaan Isnin ini.

BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?

SUMBER: BHarian| FBAzmanNor

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Lamborghini, Myvi, Perodua, Perodua Myvi, Perodua Viva, Viva Dilanggar Lamborghini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev