BERMULA esok (11/04), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lagi sebanyak 5 sen. Manakala diesel pula turun 12 sen. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 11/04/2020 hingga 17/04/2020.
Ini bermakna, harga bahan api RON95 turun daripada RM1.30 kepada RM1.25 seliter berbanding sebelum ini. Harga RON97 pula turun kepada RM1.55 seliter. Manakala diesel turut sama turun pada RM1.46 seliter.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung dua minggu lagi bermula tarikh akhir PKP Fasa Kedua, 15 April hingga 28 April ini.
Walaupun harga minyak turun, namun apa nak buat, duduk ontok-ontok saja di rumah. Bak kata pepatah (pepatah la sangat), 'bab duit PM umum sekali semua dah faham, tapi bab suruh duduk rumah semua buat-buat tak faham. Kah !!!
SENARAI HARGA MINYAK [11/04/20 - 17/04/20]
- RON95: RM1.25/liter (turun 5 sen)
- RON97: RM1.55/liter (turun 5 sen )
- Diesel: RM1.46/liter (turun 12 sen)
BACA >>> #FAQ: Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat Covid-19
BACA >>> Covid-19: Hanya Seorang Dibenarkan dalam Sebuah Kenderaan, Mula Rabu Ini
Leave a Reply