• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Ninja 1000SX (2020) Lancar dengan Teknologi Terkini, Harga RM53k

Kawasaki Ninja 1000SX (2020) Lancar dengan Teknologi Terkini, Harga RM53k

April 12, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

15.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI melancarkan Ninja 1000SX (2020) dengan memperkenalkan banyak tambahan ciri baharu pada model sport tourer tersebut berbanding model generasi terdahulu.

Malah tahun ini juga, Kawasaki secara rasmi menjenamakan Z1000SX sebagai Ninja 1000SX yang kini didatangkan dengan sistem lampu utama LED.

BACA >>> Kawasaki Ninja 1000SX (2020) Lancar Sabtu Ini di Jepun

Ninja 1000SX menawarkan tiga tetapan mod tunggangan: Sport, Road dan Rain. Secara amnya, pilihan mod Sport dan Road membolehkan penunggang merasai kuasa enjin sebenar tetapi respons terotel Road tidak sepantas Sport.

Kadar sensitiviti sistem kawalan traksi berada pada tahap paling rendah dalam mod Sport. Jika menukar kepada mod Rain, kuasa enjin akan dihadkan dengan peningkatan tahap sensitiviti kawalan traksi dan tindak balas terotel lebih lembut. Ada empat tahap pilihan kawalan traksi model ini: 1, 2, 3 atau dimatikan, dan pilihan kuasa enjin maksimum atau rendah.

Bagi menambah baik pengalaman tunggangan, Ninja 1000SX (2020) kini dilengkapi sensor unit pengurusan pintar (IMU) Bosch dan terotel badan elektronik Ride-by-Wire.

Kedua-dua teknologi itu akan memastikan enjin menyalurkan kuasa bersesuaian mengikut nisbah paling tepat dan membolehkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) beroperasi ketika membelok pada halaju tinggi.

Sepadan teknologi terotel elektronik, injap enjin turut dikawal secara elektronik bagi memastikan ketepatan aliran udara ke dalam kebuk pembakaran dan memaksimumkan campuran bahan api dengan lebih optimum.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Ciri ABS Penting untuk Motosikal?

Lihat gambar atas, Ninja 1000SX (2020) menggunakan struktur penyedut terotel (throttle suction) Keihin, berbeza berbanding model terdahulu. Dua penyedut tengah lebih panjang 45mm daripada dua penyedut lain. Konfigurasi manifold ekzos ialah 4-2-1 yang berfungsi mengurangkan emisi dan pada masa sama mengekalkan tork 112 Nm @ 7,800rpm serta mengurangkan berat hingga 2kg.

Sport tourer ini juga dilengkapkan tuil gear Quickshifter KQS dan sistem klac boleh laras. Apabila rev enjin lebih 2,500rpm, penunggang tidak perlu menarik tuil klac untuk menukar gear. Jarak antara tuil klac dan bar hendal juga boleh dilaraskan.

Rim 17 inci dibalut tayar Bridgestone Battlax Hypersport S22 yang sesuai untuk tunggangan jauh. Saiz tayar depan 120/70, manakala tayar belakang 190/50. Fork depan menggunakan jenama Showa 41mm, dan suspensi belakang pula disokong unit monoshock dan swingarm. Kedua-dua sistem suspensi boleh dilaraskan mengikut keselesaan penunggang.

Tambahan lain Ninja 1000SX (2020) ialah ciri kawalan jelajah, damper peg kaki, visor angin boleh laras 4-tahap (manual), ventilator ekzos dan cermin sisi baharu lebih besar.

Panel meter jenis TFT 4.3 inci yang siap dilengkapkan aplikasi Rideology Kawasaki dan boleh disambung kepada telefon pintar. Semua data dan maklumat tunggangan boleh disemak dan disimpan menerusi telefon pemilik. Latar meter boleh diubah sama ada putih atau hitam.

Kawasaki juga menyediakan beberapa opsyen aksesori tambahan untuk model ini seperti visor angin lebih besar, palam pengecas USB, kotak barang dan beberapa item lain. Cuma ada satu pilihan warna ditawarkan, Metallic Graphite Gray dan Metallic Diablo Black.

Harga jualan bermula serendah AS$12,400 (RM53,440), tidak termasuk kos penghantaran AS$410 (RM1,770).

BACA >>> Dokumen Kawasaki Ninja 1000 (2020) Didedahkan, Patuh Euro 5 yang Lebih Mesra Alam

GALERI

SUMBER: Zing.news

Related

15.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Jepun, Kawasaki, Kawasaki Japan, kawasaki ninja, Kawasaki Ninja 1000SX (2020), Rideology Kawasaki, roda2, superbike

Comments

  1. zaedalias says

    April 13, 2020 at 8:44 PM

    Good evening
    Any idea when is the 1000sx launching in Malaysia?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my