• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Jepun Lancar TMAX 560 Mei Ini, Lebih Senyap dan Berkuasa, Harga Mula RM51k

Yamaha Jepun Lancar TMAX 560 Mei Ini, Lebih Senyap dan Berkuasa, Harga Mula RM51k

April 10, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Co Ltd (Yamaha Japan) mengesahkan dua varian TMAX 560 dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei ini sebagai produk pengganti kepada siri TMAX 530.

Dua varian itu, TECH MAX ABS dan standard ABS direka berasaskan konsep 'MAX Sophisticated' (sofistikated maksimum?) dan memenuhi standard emisi Euro5 dan pernah ditayangkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 di Itali.

Skuter sport ini menerima penambahbaikan dalam aspek rekabentuk dan mekanikal untuk meningkatkan keselesaan, imej lebih anggun dan prestasi bertenaga. Enjin dwi silinder 561cc DOHC yang dipasangkan pada TMAX 560 ini menyaksikan peningkatan kuasa 3.5 peratus ,iaitu daripada 45.3hp @ 6,750rpm kepada 46.9hp @ 7,500rpm dengan tork 56Nm @ 5,250rpm.

BACA >>> Jepun Dapat Yamaha TMAX 530 DX, TMAX 530 SX (2019) Warna Baharu

Yamaha Tmax560
Yamaha Tmax560 1
Yamaha Tmax560 3
Yamaha Tmax560 5

Yamaha khabarnya menala trenkuasa TMAX 560 supaya lebih senyap dengan menggurangkan kesan getaran enjin selain mempercepatkan masa pecutan.

Bahagian depan skuter ini menerima pembaharuan minimum seperti reflektor asal yang kini lebih tajam, lampu signal belok tirus dan menggunakan teknologi LED. Rekabentuk lampu utama kekal, tetapi dipasangkan empat lampu LED.

Susun atur lampu belakang nampak menarik untuk sebuah skuter dan tidak lagi meneruskan gaya ala sportbike. Set lampu belakang kini menggunakan konsep huruf 'T' dengan teknologi LED. Kedua-dua varian dilengkapkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Melihatkan dimensi badan, YMAX 560 memiliki panjang 2,200mm, lebar 765mm dan tinggi 1,420mm, manakalaberatnya 218kg. Ada juga dua mod tunggangan, iaitu 'T' untuk fokus pengendalian lebih mudah di kawasan bandar atau 'S' untuk menumpukan aspek kuasa dan tunggangan sport. Tambahan lain ialah kawalan traksi dan sistem kunci pintar.

BACA >>> Yamaha TMAX SX Sport Edition Kini dengan Ekzos Akrapovic (Eropah Sahaja)

TMAX 560 TECH MAX pula menawarkan lima ciri tambahan berbanding varian standard:

  • Sistem kawalan jelajah
  • Visor angin boleh laras elektrik
  • Pemanas grip tangan
  • Pemanas pelana utama
  • Sistem suspensi belakang boleh laras

WARNA

  • ABS - Matte Blueish Gray Metallic 3 (kelabu kusam)
  • TECH MAX - Mattte Dark Gray mMetallic 8 (kelabu gelap) dan Matte Dark Gray Metallic A (kelabu kusam)

HARGA JUALAN

  • ABS - 1,276,000 yen (RM51,004)
  • TECH MAX ABS - 1,419,000 yen (RM56,720).
GALERI
Yamaha Tmax560 tech
Yamaha Tmax560
Yamaha Tmax560 tech 2
Yamaha Tmax560 tech 3
Yamaha Tmax560 7
Yamaha Tmax560 8
Yamaha Tmax560 6
Yamaha Tmax560 4
Yamaha Tmax560 3
Yamaha Tmax560 tech 1
Yamaha Tmax560 tech green
Yamaha Tmax560 tech green 1
Yamaha Tmax560 tech green 3
Yamaha Tmax560 tech black
Yamaha Tmax560 tech black 1
Yamaha Tmax560 tech black 3
Yamaha Tmax560 standard
Yamaha Tmax560 standard 2
Yamaha Tmax560 standard 4

SUMBER: Yamaha | OtomotifNet

Related

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, skuter maksi, skuter sport, Yamaha Japan, Yamaha Motor Co. Ltd, Yamaha TMAX, Yamaha TMAX 560

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev