• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Jepun Dapat Yamaha TMAX 530 DX, TMAX 530 SX (2019) Warna Baharu

Jepun Dapat Yamaha TMAX 530 DX, TMAX 530 SX (2019) Warna Baharu

February 6, 2019 By AI Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIBINA berasaskan konsep Master of Scooter,  siri Yamaha TMAX cukup popular menerusi prestasi cemerlang menerusi penggunaan komponen kawalan terotel elektronik dan frem aluminium ringan. Sempena 2019, pasaran Jepun bakal menerima warna baharu untuk TMAX 530 SX ABS dan TMAX 530 DX ABS.

Bakal dipasarkan 25 Februari ini, TMAX 530 SX ABS ditawarkan dalam warna Matt Dark Perpresive Blue Metallic (biru gelap) dengan menerima kemasan kontra hitam kusam pada panel depan, fairing sisi dan beberapa komponen dalaman.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Yamaha NVX 155 Lebih Mahal Berbanding NMAX?

TMAX 530 DX ABS pula didatangkan dalam pilihan warna Matt Light Grey Metallic (kelabu) dan Matt Dark Grey Metallic (kelabu gelap). Padanan rim aluminium dua tona turut memberikan personaliti tersendiri kepada pemilik skuter maksi ini.

TMAX dibina berasaskan frem aluminium tuang ringan dan dijana enjin 2-silinder paralel penyejukan cecair. Skuter maksi itu dilengkapkan Kawalan Terotel Eletronik (YCC-T) yang menyumbang kepada hantaran kuasa sporty dan respons lancar selain Sistem Kawalan Traksi (TCS), dan ciri D-Mode dengan opsyen dua  mod tunggangan.

Varian atasan, DX memiliki ciri tambahan seperti hendal dan pelana dengan ciri pemanas, Sistem Kawalan Jelajah, visor angin boleh laras elektrik dan mekanisma suspensi belakang boleh laras.

BACA >>> 7 Skuter Bajet Mesra Subsidi Sempena Sambut 2019

Harga jualan TMAX 530 SX ABS ialah  ¥1.24 juta (RM46,095), manakala  TMAX 530 DX ABS dijual pada harga ¥1.35 juta (RM50,099).

GALERI

SUMBER: BikeBros

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), roda2, skuter, skuter maksi, Warna Baharu, Yamaha, Yamaha TMAX 530 DX ABS, Yamaha TMAX 530 SX ABS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my