• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Perlumbaan F1 Dijangka Berlangsung Secara Tertutup

Covid-19: Perlumbaan F1 Dijangka Berlangsung Secara Tertutup

April 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


BOS Formula Satu (F1), Ross Brawn berkata, perlumbaan musim 2020 dijangka bermula di Eropah dan kemungkinan besar dilakukan secara tertutup selepas ditangguhkan berikutan Covid-19.

Pada Selasa lalu, perlumbaan Grand Prix (GP) Kanada terpaksa ditunda akibat wabak berkenaan, sekali gus menyaksikan sembilan perlumbaan awal musim 2020 sudah dibatalkan. Brawn berkata lagi, hasrat F1 adalah menganjurkan perlumbaan secepat mungkin untuk memberikan sedikit hiburan kepada peminat sepanjang tempoh sukar ini.

"Perjalanan pasukan dan semua orang yang terbabit akan jadi antara isu besar dan kemungkinan besar Eropah akan menjadi permulaan perlumbaan musim ini.

"Kita akan mempunyai persekitaran tertutup yang mana pasukan tiba menerusi penerbangan sewa khas dan mereka dihantar ke litar serta semua orang dipastikan menjalani ujian saringan dengan tidak mendatangkan risiko kepada orang lain," katanya.

BACA >>> MotoGP Ganti Kemeriahan F1 Sebagai Sukan Permotoran Nombor Satu Malaysia?

2019 Australian GP
Formula Satu (F1)_3
Formula Satu (F1)_1

Brawn berkata, pihaknya menjangka 18 hingga 19 perlumbaan boleh berlangsung untuk kalendar musim ini jika perlumbaan dapat dimulakan Julai nanti.

"Lapan perlumbaan adalah jumlah minimum untuk mendapat gelaran juara dunia mengikut perlembagaan FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa) dan kita boleh dapat lapan perlumbaan jika bermula Oktober. Jadi, jika kamu mahukan kepastian bilakah F1 akan kembali diteruskan, ia mungkin Oktober.

"Namun, jika perlumbaan boleh bermula pada awal Julai, kita boleh dapat 19 perlumbaan untuk musim ini," katanya.

BACA >>> Regulasi Formula Satu (F1): Apakah yang Baharu untuk Musim 2020?

SUMBER: Formula1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, F1, Formula Satu, Formula Satu (F1), Perlumbaan, Ross Brawn

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev