• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Tunjuk Video Aksi Endeavor, Motosikal Elektrik dengan Gear Manual

Kawasaki Tunjuk Video Aksi Endeavor, Motosikal Elektrik dengan Gear Manual

April 10, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI nampaknya mula memberikan sedikit maklumat mengenai sportbike elektrik, EV Endeavor menerusi satu klip video baharu di YouTube.

Klip berdurasi 20 saat itu menunjukkan EV Endeavor seorang penunggang menukar gear semasa ujian di sebuah litar.

Portal Soymotero mendakwa EV Endeavor menggunakan kotak gear manual 4-kelajuan dan sistem pek bateri boleh tanggal. Jangan terkejut, frem motosikal ini boleh dileraikan dengan menanggalkan skru.

BACA >>> Kawasaki Diam-Diam Bangunkan Sportbike Elektrik?

KENAPA KOTAK GEAR MANUAL?

Ada dua sebab utama transmisi manual dipasangkan pada EV Endeavor iaitu:

1. Meningkatkan autonomi. Ini membolehkan motor elektrik berputar dalam satu julat rev dengan kos tenaga lebih rendah. Ini juga menyumbang kepada penggunaan pek bateri lebih ringan.

2. Keseronokan. Ini antara poin penting kerana kebanyakan motosikal elektrik dipacu cuma satu gear automatik dan menjadikan tunggangan agak membosankan buat penunggang yang sudah biasa menggunakan gear.

EV Endeavor bukan projek atas kertas dan prototaip model ini pernah ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA). Motosikal ini dikatakan mampu menghasilkan kuasa 13.5hp hingga 27hp ketika pecutan. Dalam pemahaman lebih mudah, ia seperti standard prestasi Ninja 125 hingga 250cc.

BACA >>> Paten Diagram Dedah Kawasaki Sedang Bangunkan Sistem Hibrid untuk Sportbike

GALERI

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Endeavor EV, Kawasaki EV, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2

Comments

  1. Jan says

    April 10, 2020 at 9:30 PM

    ini sangat progressif ! tahniah kawasaki ! jadi jangan risau kalau dah takde motor petrol, motor elektrik pun boleh seronok ketika menunggang 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my