TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia melancarkan kempen tempahan atas talian susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua yang berlanjutan hingga 14 April ini.
Kempen itu membolehkan pelanggan Subaru dan pembeli baharu melihat model Subaru XV atau Forester dari rumah pada bila-bila masa. Apa yang perlu dilakukan ialah:
- Isi borang tempahan di onlinebooking/xv atau onlinebooking/forester bagi mengesahkan pembayaran yuran tempahan, RM188 sahaja.
- Selepas hantaran borang, anda akan dapat kod tempahan menerusi e-mel.
- Penasihat jualan Subaru akan menghubungi anda dalam tempoh lima hari bekerja untuk mengesahkan tempahan. Langkah seterusnya seperti pandu uji, melihat kenderaan dan buat pinjaman akan dilakukan selepas PKP tamat.
BACA >>> #SMS2020: Subaru Forester e-Boxer Lancar, SUV Hibrid dengan Enjin Boxer, AWD
XV ditawarkan dalam tiga varian: XV 2.0i, XV 2.0i-P dan XV GT Edition 2.0i-P yang dijual pada harga bermula RM117,788. Forester pula dijual pada harga bermula RM149,788 dengan tiga varian: Forester 2.0i-L, Forester 2.0i-S dan Forester 2.0i-S Eyesight.
Kempen tempahan atas talian ini akan berakhir apabila PKP dimansuhkan dan sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web Subaru.
BACA >>> Subaru XV GT Edition Lancar di Malaysia, Harga RM130,788
BACA >>> Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight Kini di Malaysia, Harga Bermula RM139k
Leave a Reply