• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selangor Buka e-Bazar Ramadan dengan Kerjasama Grab

Selangor Buka e-Bazar Ramadan dengan Kerjasama Grab

April 9, 2020 By Han Othman Leave a Comment

96
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELANGOR akan membuka E-Bazar Ramadan Selangor Grab sebagai inisiatif kepada penutupan bazar Ramadan yang diumumkan Kerajaan Negeri pada 1 April lalu dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha itu juga dapat memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk membeli juadah untuk berbuka puasa secara atas talian.

BACA >>> Covid-19: GrabFood Kekal 'ON' untuk Pelanggan Malaysia

“Pembatalan penganjuran bazar Ramadan tahun ini dijangka menyebabkan hampir 17,000 peniaga dan penjaja, hilang mata pencarian.

“Bagi membolehkan peniaga menjana pendapatan sepanjang Ramadan, Kerajaan Negeri membina ekosistem keusahawanan baharu dengan kerjasama syarikat penghantaran iaitu Grab Malaysia dinamakan ‘E-Bazar Ramadan Selangor Grab’,” katanya.

Konsep bazar Ramadan digital hanya membenarkan pembelian dibuat secara atas talian menerusi aplikasi Grab, dan peniaga perlu mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebanyak 15 kawasan di Selangor sudah dikenal pasti untuk dijadikan dapur berpusat, dan pelaksanaan akan diselaraskan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor) dan Hijrah Selangor.

“Kerajaan negeri percaya usaha tersebut adalah antara usaha sama strategik awam-swasta yang diperlukan saat ini bagi menghadapi norma baharu akibat penularan wabak Covid-19. Diharapkan, semua pihak dapat mengambil manfaat daripada inisiatif digitalisasi Selangor tersebut,” katanya.

BACA >>> #Videotomotif: Tun M Beli Makanan Guna GrabFood

SUMBER: Bernama

Related

96
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bazar Ramadan, Datuk Seri Amirudin Shari, e-Bazar, e-Bazar Ramadan Selangor Grab, grab, GrabFood, Hijrah Selangor, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor), Ramadan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my