• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Polestar Precept - EV Konsep Anggun, Canggih dari Sweden

Polestar Precept - EV Konsep Anggun, Canggih dari Sweden

April 10, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLESTAR
adalah jenama kereta elektrik (EV) prestasi yang dimiliki bersama Volvo Car Group dan Zhejiang Geely Holding.

Model pertama, Polestar 1 ialah kereta hibrid plug-in (PHV), dilancarkan pada 2017 dengan kuasa 609hp dan tork 1,000Nm, manakala jarak pemanduan 124km mengikut rating WLTP (Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia).

Pada 2019, Polestar 2 diperkenalkan dan menjadi EV penuh premium pertama penegluar itu dan Polestar 3 pula bakal menyertai barisan segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) EV berprestasi. Daripada dua model dilancarkan itu, Polestar membawa identiti tersendiri yang bukan Jerman atau Itali, tetapi berwajahkan Sweden yang anggun dan ringkas.

BACA >>> Polestar 2 - Kereta Elektrik yang Mampu Tunda Muatan Seberat 1.5 Tan!

POLESTAR PRECEPT YANG ANGGUN

Terbaharu, Polestar kembali memperkenalkan model visi masa depan, Precept yang dihasilkan untuk menonjolkan tiga aspek utama iaitu kelestarian, teknologi digital dan rekabentuk.

Nama Precept dipilih untuk menggambarkan peranan model itu dalam membawa hasrat Polestar sebagai jenama EV prestasi kontemporari. Ia adalah manifesto kepada perkara bakal terjadi atau deklarasi yang membawa arah rekabentuk jenama itu selain kelestarian dan pengalaman digital.

Apapun yang dijelaskan Polestar, pasti ramai bersetuju rekabentuk jenama ini memang anggun, tenang dan tidak mengusutkan mata. Dari segi kelestarian, ada banyak aspek dikongsikan Polestar seperti teknologi powerRibs™ daripada Bcomp yang memberikan kekuatan pada berat rendah.

Bahan komposit untuk komponen dalaman menawarkan pengurangan berat plastik hingga 50 dan 80 peratus. Komposit ampliTex™ daripada Bcomp, yang juga diperkuatkan powerRibs™, menghasilkan komponen kuat dan kukuh, serta mampu mengurangkan getaran hingga 250 peratus, termasuk menawarkan prestasi lebih baik jika berlaku impak.

Balutan kerusi disulam secara 3D daripada botol PET yang 100 peratus dikitar semula, manakala karpet ECONYL® daripada Nylon 6 yang diambil daripada jaring memancing terpakai.

BACA >>> Polestar 1 - Model Prestasi Pertama Volvo Sedia Ditempah (600hp, 1,000Nm)!

Polestar_Precept_027
Polestar_Precept_028
polestar2-17
polestar2-15
polestar2-18

Bagi teknologi kereta, Polestar menggunakan sistem infotainment Android, skrin antaramuka 15 inci dengan tetapan dan konten personal menerusi Polestar Digital Key.

Teknologi lain seperti Google Assistant mampu mengecam dialek tempatan, manakala Google Maps dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) disepadukan dalam satu sistem untuk penggunaan navigasi dan maklumat trafik lebih tepat.

Satu lagi ciri canggih ialah monitor pengesan pergerakan yang mana mata pemandu memandang dan melaras paparan informasi pada skrin. Contohnya, saiz paparan akan lebih kecil dan terperinci apabila pemandu fokus pada skrin dan membesar serta lebih terang dengan paparan penting apabila pemandu fokus pada jalan raya.

Dari segi rekabentuk, tidak banyak yang boleh dikatakan kecuali kemampuan Polestar mencipta identiti tersendiri. Daripada aksi di trek lumba dan jenama prestasi untuk Volvo, Polestar kini membentuk semula status pengeluar itu sebagai jenama EV tersendiri.

BACA >>> Polestar Buka Kilang Pemasangan Kereta Elektrik Premium di China

GALERI
Polestar_Precept_013a
Polestar_Precept_013b
Polestar_Precept_013d
Polestar_Precept_042
Polestar_Precept_039
Polestar_Precept_023
polestar-precept-2020-4
polestar-precept-2020-6
polestar-precept-2020-1
Polestar_Precept_033
Polestar_Precept_041
Polestar_Precept_027
Polestar_Precept_026a
Polestar_Precept_028
Polestar_Precept_029
Polestar_Precept_030
polestar-precept-2020-2
polestar-precept-2020-3
polestar-precept-2020-5

Related

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Kereta EV, Polestar, Polestar Precept, powerRibs, Roda4, Sweden, Volvo Car Group, Zhejiang Geely Holding

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev