• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Jaguar E-Type Lebih 40 Tahun Ini Dibaik Pulih Sempurna

#BikinKereta: Jaguar E-Type Lebih 40 Tahun Ini Dibaik Pulih Sempurna

April 12, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MELIHAT hasil kereta klasik yang berjaya dibaik pulih dengan sempurna memang mengasyikkan. Inilah apa dilakukan pakar restorasi Jaguar E-Type, E-Type UK yang ditubuhkan sejak 2008. Selain baik pulih , bengkel itu  turut menawarkan perkhidmatan jualan, penyelenggaraan dan naik taraf model ikonik tersebut.

Projek terbaharu melibatkan sebuah Jaguar E-Type Series 1 3.8 FHC (1964) yang ditemui dalam garaj di tenggara England. Kereta tersebut dikatakan ditinggalkan pemilik sejak 1979 dan kini baru saja diperbaharui sepenuhnya.

BACA >>> Jaguar Tangguh Pengeluar I-Pace, Masalah Bekalan Bateri Kurang

Ketika ditemui, E-Type itu kelihatan seperti dijaga baik dan bebas karat, mungkin kerana disimpan dalam garaj. Bagaimanapun, selepas pembagasan pasir (sand blasting) dibuat, termasuk menanggalkan semua alat ganti dan perkakasan yang mengambil masa tiga hari, barulah segala kerosakan terserlah akibat terbiar selama 40 tahun. Ini diburukkan lagi dengan kerja pembaikan murah dan kesan cuaca mendap Britain.

Jadi, bagi memastikan kereta selamat dan mampu bertahan untuk tahun mendatang, semua bahagian reput digantikan. Banyak bahagian lantai, termasuk luaran dan dalaman sil pintu tidak dapat diselamatkan, semua itu digantikan sepenuhnya. Ini termasuk menguatkan bahagian badan lain yang diperlukan.

Setiap kepingan besi yang berisiko disingkirkan bagi memastikan struktur kereta lebih kukuh berbanding ketika keluar dari kilang. Selepas kerja besi siap, kereta itu dihantar ke bahagian baik pulih badan bagi menyempurnakan semula garis dan kontur badan ikonik.

Warna khas Opalescent Silver Blue d bagi mendapatkan semula kemasan asal Jaguar yang mana proses penyediaan memakan masa lama. Kesilapan tetap berlaku, tetapi barisan pekerja mahir akhirnya mampu menghasilkan kualiti kerja dan kemasan cat terbaik.

Pemasangan semula komponen bermula dengan suspensi belakang bebas E-Type yang ditambah kadar kekenyalan serta kaliper dan pad brek ditambah baik. Pada peringkat ini, suspensi depan turut dipasangkan supaya mudah digerakkan dalam bengkel.

BACA >>> 9 Fakta Pantas: Jaguar F-Type Coupe Kini di Malaysia, Harga RM575,800

Selepas itu, perhatian diberikan kepada peningkatan prestasi dan kebolehgunaan. Enjin asal 3.8L XK6 dipasangkan aci angkatan tinggi (high-lift cams), engkol (crank) yang diseimbang dan diringankan dan seal baharu. Turut dipasang ialah kotak gear lima kelajuan baharu, ekzos sport dan radiator aluminium.

Kerja akhir melibatkan penggunaan material kulit Oxblood Red untuk ruang dalaman, termasuk kemasan krom baharu. Akhir sekali pemilik meminta menambahkan vinil merah sebagai penghargaan kepada model rare E-Type Lightweight yang hanya dikeluarkan 12 unit sahaja.

Penyempurnaan Jaguar E-Type berjaya menjelmakan semula sejarah permotoran British untuk terus dinikmati dan digunakan lebih kerap sepanjang tahun mendatang.

BACA >>> Volkswagen Beetle Klasik Kembali dengan Kuasa Elektrik?

GALERI
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.01
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.02
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.03
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.04
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.05
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.06
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.07
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.08
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.09
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.10
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.11
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.12
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.13
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.14
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.15
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.16
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.17
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.18
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.19
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.20
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.21
Jaguar E-type Series 1 3.8 FHC E-Type UK.22

Related

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, E-Type UK, Jaguar, Jaguar E-Type Series 1 3.8 FHC (1964), kereta klasik, kereta vintaj, Modifikasi, Restorasi, vintaj

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev