• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PRIHATIN: Apakah 3 Inisiatif yang PKS Dapat Sepanjang PKP?

PRIHATIN: Apakah 3 Inisiatif yang PKS Dapat Sepanjang PKP?

April 6, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMAHAMI beban kewangan yang dihadapi Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa inisiatif untuk memudahkan PKS mendapat manfaat sepenuhnya daripada bantuan diumumkan Kerajaan.

Ada tiga penambahbaikan dilaksanakan iaitu:

1. MANSUH KADAR FAEDAH

bank-simpanan-nasional-logo
0-interest

Kerajaan akan memansuhkan kadar faedah 2 peratus kepada 0 peratus untuk Skim Kredit Mikro bernilai RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN). Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro itu juga dipanjangkan kepada Tekun Nasional dengan had maksimum pinjaman RM10,000 bagi setiap syarikat pada kadar faedah 0 peratus.

Bagi tujuan itu, dana RM200 juta akan disediakan dan pemohon boleh memilih salah satu daripada skim di atas bagi membolehkan lebih ramai peniaga menikmati tawaran disediakan.

2. TIDAK PERLU BAYAR SEWA, ATAU BERI DISKAUN SEWA

bangunan-medan-mara
bangunan-plus

Kerajaan akan mengecualikan bayaran sewa atau memberikan diskaun sewaan kepada peniaga runcit PKS untuk premis milik syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat Kerajaan Persekutuan seperti MARA, Petronas, PNB, PLUS dan UDA serta beberapa syarikat milik Kerajaan Negeri yang bersetuju memberikan diskaun atau tiada caj sewa ke atas premis masing-masing, terutama penyewa PKS.

Selain itu, pemilik premis swasta juga digeas memberikan kemudahan sama menerusi pengurangan kadar sewa premis untuk sekurang-kurangnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tiga bulan selepas PKP berakhir.

Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa PKS akan diberikan potongan cukai tambahan, sama seperti jumlah pengurangan sewa tersebut bermula April hingga Jun 2020.

Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut.

BACA >>> PRIHATIN: Pakej Internet Percuma Sepanjang Tempoh PKP

3. KURANGKAN BAYARAN LEVI PEKERJA ASING

pekerja-asing-malaysia
pekerja asing

Kerajaan juga membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25 peratus kepada semua syarikat yang permit pekerja masing-masing tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020. Namun, pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pembantu rumah.

BACA >>> PRIHATIN: KWSP Perkenal Program Rundingan Majikan, Bantu Ringan Beban Kewangan

Related

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Faedah, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS), Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), PRIHATIN, Prihatin PKS Tambahan, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev