• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PRIHATIN: KWSP Perkenal Program Rundingan Majikan, Bantu Ringan Beban Kewangan

PRIHATIN: KWSP Perkenal Program Rundingan Majikan, Bantu Ringan Beban Kewangan

March 27, 2020 By AI 3 Comments

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April nanti bagi membela nasib syarikat di Malaysia yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Program rundingan adalah susulan kenyataan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), semalam, untuk rakyat Malaysia dalam menghadapi musibah penularan wabak Covid-19.

BACA >>> PRIHATIN: Golongan B40 Dapat RM1.6k, M40 Dapat RM1k Hadapi Covid-19

kwsp-logo
industri-kecil-sederhana

Antara ditawarkan program itu ialah pilihan penangguhan bayaran, dan penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan. Langkah tersebut dijangka memberikan penjimatan aliran tunai kepada majikan yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion.

Inisiatif itu juga akan memanfaatkan lebih 480,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat terjejas, termasuk menyelamatkan lebih lapan juta pekerjaan.

PKS 2
PKS3

Kerajaan juga akan mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) untuk semua sektor dalam tempoh enam bulan, bermula April ini. Pengecualian itu dijangka membantu aliran tunai syarikat dengan penjimatan keseluruhan bernilai RM440 juta.

Menurut Perdana Menteri, menyedari masalah dihadapi kira-kira 750,000 PKS, Kerajaan membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan bermula 1 April 2020.

Ini tambahan kepada langkah diumumkan terdahulu yang mana Kerajaan memberikan penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan bermula 1 April 2020.

"Bagi sektor lain yang turut terkesan, mereka dibenarkan meminda jumlah cukai pendapatan yang dikenakan pada ansuran bulan ke-3, ke-6 dan ke-9 dalam tempoh asas perniagaan."

BACA >>> Covid-19: Akaun 2 KWSP Boleh Keluar RM500, Bayaran PTPTN Tangguh 6 Bulan

Artikel Berkaitan

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Covid-19, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Tan Sri Muhyiddin Yassin

Comments

  1. Shamini says

    April 4, 2020 at 1:11 PM

    Saya tukang jahit Dan tiada EPF . Apakah bantuan Saya boleh dapat?

    Reply
    • Abang GYL says

      April 4, 2020 at 1:16 PM

      Anda boleh mohon bantuan berbentuk individu / berkahwin

      Reply
  2. Nordin ramasamy bin Abdullah says

    April 4, 2020 at 2:57 PM

    Saya Nordin saya layak ke bantuan sebanyak ni gaji tah di cukupi sebanyak yg tersebut PM Malaysia kami ni pendapatan saya sebulan tah sampai rm2000 hanya saya terima sebanyak rm 800 sahaja basic rm1200 tolak EPF dan SOCSO dgn advance bersih seperti mana yang saya kata ni rm800sahaja allamduillah ada bantuan yg lain iaitu baitulmal dan alovnce JKM sebanyak rm400 saya seorang fizikal kaki senget dan kerja pengawal keselamatan sahaja ni tiada kereta tiada rumah sewa bilik sahaja ni dgn ni saya ni nak kata dgn banga ni saya dah kawin janda anak tiga ni duduk di batu pahat sewa rumah disana isteri duduk dgn anak anak tirinya disana saya seorang sahaja duduk disini kerja pengawal keselamatan Armor security jaga bank gaji basic yg diterima sebanyak rm1200 tolak EPF dan SOCSO pinjam dapat saya sebut tadi ni . Tlg bantu saya kerana Allah ni amin tolong bantu dgn saya di cepat kan terima kasih bantu di atas sokongan PM Malaysia kita ni amin

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my