HONDA Thailand memperkenalkan PCX150 (2020) yang ditawarkan dalam empat pilihan warna baharu yang lebih menarik dan bergaya.
Warna hitam-merah dan putih-merah masing-masing tampil dengan aksen merah pada fairing fasia dan panel tengah badan dengan rim hitam. Selain itu, dua lagi warna, kelabu-hitam dan merah-hitam dipadankan dengan rim emas.
PCX150 (2020) dengan pilihan warna baharu ini diperkenalkan di Thailand yang juga model paling banyak warna berbanding negara Asean lain. Selain warna, skuter ini masih mengekalkan semua ciri daripada generasi terdahulu dan tiada sebarang naik taraf dilakukan.
BACA >>> Honda PCX Akan Ada Beg Udara Sama Seperti Gold Wing?
Trenkuasa PCX150 (2020) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal eSP 149.32cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGMFI berkuasa 13.3hp dan tork 14Nm, manakala transmisi jenis CVT. Seperti model sedia ada, Honda mengekalkan ciri moden seperti lampu LED, kunci pintar Honda Smart Key dan suis Honda Smart Controller untuk menghidupkan enjin, termasuka mengunci atau membuka pelana.
Skuter ini turut menampilkan panel meter digital penuh dan soket AC yang boleh digunakan untuk mengecas peranti pintar. Juga disediakan lampu Welcome untuk memberikan pencahayaan pada lantai skuter. Ruang storan bawah pelanan mampu memuatkan satu helmet muka penuh dan barangan peribadi dengan kapasiti ruang 28 liter, siap dengan penyekat pelana (seat stopper) supaya mudah memunggah barang.
PCX150 (2020) bakal memasuki pasaran Asean dalam beberapa minggu ini, tetapi disebabkan penularan wabak Covid-19, pelancaran skuter itu dijangka ditangguhkan.
BACA >>> Honda PCX Akan Ada Beg Udara Sama Seperti Gold Wing?
GALERI
SUMBER: Gaadiwaadi | APHonda.co.th
Leave a Reply