SELARAS arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dalam satu notis memaklumkan beberapa jenis perniagaan seperti perkakasan (hardware) dan alat ganti kenderaan dibenarkan beroperasi mengikut hari tertentu.
Kedua-dua perniagaan itu hanya dibenarkan beroperasi dua kali seminggu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk kedia menjual makanan haiwan dan kedai baja/racun.
Yang Dipertua MPKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, kebenaran itu adalah mengalakkan orang awam di daerah Kuala Langat mematuhi arahan berada di rumah sambil melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Alat Ganti Kereta Paling Kerap Ditukar, dan Bilakah Perlu Diganti?
“Ini kelonggaran kepada orang awam mendapatkan apa juga keperluan di kedai berkenaan supaya dapat menjalankan aktiviti di rumah.
“Perkhidmatan atau perniagaan yang dibenarkan ialah kedai baja/racun, kedai perkakasan, kedai makanan haiwan dan kedai alat ganti kenderaan,” katanya Mohamad Zain dalam satu kenyataan.
Semua perniagaan tersebut dibenarkan beroperasi bermula esok dan mereka hanya boleh dibuka pada setiap Isnin dan Khamis, jam 8 pagi hingga 4 petang.
BACA >>> #FAQ: Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat Covid-19
BACA >>> Covid-19: Tak Nak Patah Balik, Siap Ajak Polis Bertumbuk
Taufiq says
Hanya di banting saja kew atau seluruh malaysia
Abang GYL says
Seluruh Malaysia
Muhsy says
kedai hardware tu termsk kedai baiki computer?
Abang GYL says
Tidak
Mawar says
Kedai gunting dibenarkan x,sbb ada tgok kwn updates dibenarkan..nk kepastian btl ke x
Abang GYL says
Ya dibenarkan
DANNY TEO says
Kedai Dobi layan Diri Jika ada orang jaga, boleh buka niaga, area Klang?
Teo says
Pasang papan iklan boleh niaga?
Akim says
Kedai jual Moto buka sbb dah booking Moto lama dok tggu ni