• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW R 18 (2021) Lancar, Cruiser Klasik Moden dengan Prestasi Buas

BMW R 18 (2021) Lancar, Cruiser Klasik Moden dengan Prestasi Buas

April 6, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad mendedahkan cruiser klasik, R 18 versi pengeluaran yang sebelum ini pernah ditayangkan sebagai model konsep sempena Pameran Villa d’Este, tahun lalu.

R 18 mewarisi rekabentuk diilhamkan daripada motosikal klasik era Perang Dunia, iaitu R5, yang juga motosikal BMW pertama memerlukan penunggang menggunakan kaki untuk operasi kotak gear 4-kelajuan.

BACA >>> BMW R18/2 - Cruiser Boxer 1,800cc Sedang dalam Pembikinan

R 18 ialah cruiser gaya klasik dengan padanan enjin 1,802cc yang cukup berkuasa dan mampu menandingi beberapa model pesaing seperti Harley-Davidson. Model ini dibina menggunakan frem sangga keluli (steel cradle frame) yang dimuatkan enjin boxer kembar 1.8L penyejukan udara berkuasa 91hp @ 4,750rpm dan tork 150Nm @ 2,000rpm dan 4,000rpm.

BACA >>> Harley-Davidson FXDR 114 - Cruiser Kuasa Tinggi Lancar di Malaysia, Harga RM123k

bmw-r18-8
bmw-r18-7

Sistem transmisi menggunakan kotak gear 6-kelajuan yang digerakkan aci pacu (drive shaft), dan bukan sistem rantai atau tali sawat seperti motosikal biasa. BMW juga menawarkan opsyen gear undur kepada mereka yang mahukan ciri tersebut.

Walaupun R 18 merealisasikan gaya motosikal klasik era dulu, model ini sebenarnya sarat dengan pelbagai teknologi elektronik termaju, seperti sistem Kawalan Traksi (TRC), Kawalan Jelajah, Kawalan Pegun Bukit (HHC) dan ciri Ride-by-Wire.

bmw-r18-6
bmw-r18-9
bmw r18 9
bmw r18 11
bmw-r18-1

Cruiser ini turut didatangkan dengan tiga mod tungganga: Rain (hujan), Road (jalan raya) dan Roll (oleng). Tambahan lain adalah lampu belok, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan sistem penghidup tanpa kunci (keyless entry).

R 18 ditawarkan dalam dua varian: Standard, iaitu spesifikasi biasa dan First Edition yang diberikan ekstra komponen dengan kemasan krom dan tambahan aksesori seperti topi trucker dan tali pinggang kulit.

Adakah model ini akan singgah ke pasaran Malaysia?

GALERI
bmw r18 2
bmw-r18-10
bmw-r18-dan r5
bmw r18
bmw r18 3
bmw r18 8
bmw r18 4
bmw r18 12
bmw r18 5
bmw r18 10
bmw-r18-9
bmw-r18-6
bmw r18 11
bmw r18 9
bmw r18 6
bmw-r18-2
bmw-r18-4
bmw-r18-3
bmw-r18-1
bmw r18 7
bmw-r18-7
bmw-r18-8
bmw-r18-5

SUMBER: BikeWale

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW Motorrad, BMW R 18, cruiser, Cruiser BMW, Cruiser Klasik, roda2, Villa d’Este

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev