• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Pura-Pura Mati Sebab Nak Balik Kampung, Tak Nak Berkurung

Lelaki Pura-Pura Mati Sebab Nak Balik Kampung, Tak Nak Berkurung

April 2, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG penduduk kampung di pedalaman Kashmir terpaksa berpura-pura mati dalam ambulans semata-mata untuk melepasi sekatan polis kerana mahu pulang ke rumahnya.

Hakim Din, 70, dilaporkan dirawat di sebuah hospital di Jammu, India kerana cedera kecil di kepala, dan tidak dapat pulang kerana Kerajaan mengisytiharkan perintah berkurung seluruh negara. Warga emas itu kemudian menerima cadangan seorang pemandu ambulans supaya dia berpura-pura mati untuk melepasi sekatan jalan.

BACA >>> Pemilik Motosikal India Lega, Syarikat Kewangan Bukan Bank Boleh Tangguh Bayaran

Suspek bersama tiga lagi lelaki menaiki ambulans untuk pulang ke Poonch, iaitu wilayah yang bersempadan dengan Pakistan. Suprintendan Polis, Ramesh Angral berkata, empat lelaki dan pemandu ambulans memandu lebih 160km dan berjaya melepasi banyak sekatan jalan menggunakan sijil kematian palsu.

Namun di sekatan terakhir, polis perasan lelaki yang diselubungi kain itu seperti masih hidup dan dia terus ditahan serta dikuarantin, manakala semua yang ditangkap bakal berdepan tuduhan menipu kerana melanggar arahan Kerajaan," katanya.

Buat masa ini, tiada kes Covid-19 dilaporkan di wilayah Poonch, tetapi India sudah menguatkuasakan perintah berkurung selama 21 hari bermula Rabu lalu dalam usaha mengekang penularan wabak itu. India kini mencatatkan lebih 1,600 kes termasuklah 38 kematian.

BACA >>> Covid-19: Kenderaan Persendirian Boleh Keluar 6 Pagi - 10 Malam Sahaja

* Gambar sekadar hiasan

SUMBER: BHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bantuan Covid-19, India, Kashmir, Lockdown, Perintah Berkurung, Pura-Pura Mati, virus covid, wabak covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my