KAWASAKI Motors Japan bakal melancarkan penerus legasi Ninja 1000, iaitu Ninja 1000SX pada Sabtu ini (4 April) di Kawasaki Plaza Network, Jepun.
Model sport tourer itu ditawarkan dalam tiga pilihan warna:
- Metallic Graphite Gray - Metallic Diablo Black (kelabu-hitam)
- Emerald Blazed Green - Metallic Carbon Gray (hijau-kelabu)
- Pearl Blizzard White - Metallic Carbon Gray (putih-kelabu)
BACA >>> #EICMA2019: Kawasaki Dedah Ninja 1000SX, Z900 Versi 2020 yang Patuh Euro 5
Ninja 1000SX mendapat kemas kini mufler baharu, lampu LED lebih sporty dan gaya badan dinamik, termasuk dibekalkan ciri elektronik seperti kawalan jelajah KTRC, mod Power, Quick Shifter (KQS) dan kawalan jelajah elektronik.
Kluster meter LCD TFT S dilengkapkan konektiviti Bluetooth ke telefon pintar dengan maklumat GPS, takometer, indikator posisi gear, panggilan telefon dan lain-lain. Ciri standard lain termasuk ETC 2.0, hendal dengan ciri pemanas dan soket kuasa DC.
Selain itu, Ninja 1000SX mampu memberikan keselesaan menunggang menerusi paduan enjin 4-silinder paralel 1,043cc dipertingkat berkuasa 139hp @ 10,000rpm dan tork 111Nm @ 8,000rpm.
BACA >>> Analisis Lakaran Paten Ram Udara, Ekzos Kawasaki ZX-25R, Tidak Boleh Slip-On?
GALERI
SUMBER: BikeBros
Leave a Reply