PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua baru saja bermula semalam untuk tempoh dua minggu lagi hingga 14 April nanti. Seiring arahan itu , Kerajaan turut menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah had keluar rumah ke atas seseorang individu yang tidak melebihi radius 10km dari kediaman masing-masing.
Berikut apa termaktub dalam peraturan itu di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan wajib dipatuhi orang ramai sepanjang PKP Fasa Kedua:
BACA >>> Covid-19: Kenderaan Persendirian Boleh Keluar 6 Pagi - 10 Malam Sahaja
1. Seseorang individu tidak boleh disertai orang lain kecuali ada alasan munasabah.
2. Berikut had masa pergerakan mengikut jenis kenderaan, termasuk masa operasi premis dan perkhidmatan:
- Kenderaan persendirian, termasuk e-hailing dan teksi - 6am-10pm
- Stesen minyak - 8am-8pm
- Pengangkutan awam - 6am-10am, dan 5pm-10pm
- Perkhidmatan penghantaran makanan (delivery) - 8am-8pm
3. Seseorang tidak dibenarkan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan; ATAU dari satu kawasan tempatan jangkitan ke satu kawasan tempatan jangkitan lain.
4. Seseorang hanya boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan; ATAU dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan lain bagi tujuan tertentu.
5. Berikut senarai tujuan keluar yang dibenarkan, berserta syarat diperlukan:
- Membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet - Tidak lebih 10km dari kediaman
- Membekalkan atau menghantar makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet (dietary supplement) - Secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran
- Mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan - Tidak lebih 10km dari kediaman
- Melaksanakan apa-apa tugas rasmi atau melaksanakan apa-apa tugas perkhidmatan perlu - Surat kebenaran majikan
6. Bagaimanapun, jika seseorang individu ada sebab tertentu yang memerlukan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan tempatan jangkitan; ATAU dari satu kawasan tempatan jangkitan ke satu kawasan tempatan jangkitan lain, dia perlu ada KEBENARAN BERTULIS daripada pegawai polis di balai berhampiran.
7. Berikut apa yang tidak boleh dilakukan sepanjang PKP Fasa Kedua:
- Tiada seorang pun boleh berhimpun atau terlibat dalam perhimpunan dalam mana-mana premis sama ada bagi maksud keagamaan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.
8. Bagaimanapun, dibolehkan untuk menghadiri upacara pengebumian dengan syarat orang yang hadir ke upacara itu hendaklah dalam bilangan minimum.
9. Ada 10 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi:
- Makanan
- Air
- Tenaga
- Komunikasi dan Internet
- Keselamatan dan Pertahanan
- Pengurusan sisa pepejal
- Pembersihan awam dan pembetungan
- Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
- Perbankan dan kewangan
- e-dagang dan logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu
10. Jika seseorang individu itu melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan tersebut dan disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya.
BACA >>> Covid-19: Sektor Bekalan Makanan, Perubatan Boleh Operasi Sepanjang PKP 2.0
SUMBER: Bernama
NORMAH ARIFFIN says
Saya datang menjemput anak saya pada 18.3.2020, yg sedang belajar di KDU dan tinggal di Wangsa Maju. Oleh sebab arahan PKP saya terpaksa berada d Kuala Lumpur sehingga hari ini (10.4.2020). Saya tinggal di Kepala Batas Seb.Perai Utara. Boleh ka saya di benarkan balik ke Seb Perai esok 11.4.2020 kerana ada banyak urusan yg perlu diselesaikan di sana. Terima kasih.