• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 10 Game Perlumbaan Terbaik 2016/2017

10 Game Perlumbaan Terbaik 2016/2017

June 11, 2016 By Azhan O 3 Comments

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DARIPADA suasana arked klasik 1980-an hingga pengalaman realisitik yang ditawarkan konsol permainan berteknologi tinggi hari ini, game perlumbaan sentiasa meraih populariti hebat di kalangan peminat permainan video saban tahun. Jika anda mencari game perlumbaan terbaik bagi memuaskan keseronokan berlumba anda sepanjang tahun ini, anda mungkin boleh mempertimbangkan game-game di bawah:

1. FORZA MOTORSPORT 6: APEX

forza-motorsport-6-apex
Diedarkan oleh Microsoft Studios, game ini ialah versi percuma daripada enam game dalam siri Forza Motorsport yang menggegarkan Windows 10 pada 6 Mei lalu. Memuatkan 60 kereta dan 20 trak, rilisan Apex ialah lebih kecil berbanding Xbox One, tetapi masih berbaloi dimainkan oleh peminat perlumbaan. Nikmatilah grafik hebat yang memaparkan suasana cuaca realistik, kepelbagaian mod perlumbaan dan peluang meningkatkan skil apabila berlumba dengan aneka kenderaan hebat dan terkini.

2. NEXT CAR GAME: WRECKFEST

next-car-game-wreckfest
Kali terakhir Bugbear Entertainment menguar-uarkan kepada peminat perlumbaan mengenai pembangunan Next Car Game: Wreckfest ialah Jun 2015, dan 2017 disebut sebagai tarikh rilis. Game ini bakal muncul dalam platform Windows dengan ciri 'pemodelan kerosakan badan-lembut', iaitu sejenis karakteristik unik gaya permainan, di mana sebarang kerosakan yang berlaku akan menjejaskan cara anda mengendalikan kenderaan. Wreckfest memberi peluang kepada pemain untuk menyertai perlumbaan trek secara merosakkan kenderaan lawan menggunakan teknik pemanduan agresif dan bukan kepakaran berlumba.

3. GRAN TURISMO SPORT

gran-turismo-sport
Game ke-13 dalam siri Gran Turismo akan diriliskan khas untuk Playstation 4 sepanjang 2016. Game kendiri ini dibangunkan dan dirilis oleh Polyphony Digital dan Sony Interactive Entertainment dengan edisi Sport termasuk mod Campaign, Sport dan Arcade secara opsyen gaya permainan dalam atau luar talian. Tingkatkan karier perlumbaan anda sepanjang masa sambil menikmati grafik dipertingkatkan dan pengalaman perlumbaan lebih realistik yang membuatkan game ini menarik, seronok dan imersif.

4. DRIFT STAGE

drift-stage
Gaya permainan Drift Stage mengangkat suasana game arked old-school seperti Outrun dan Daytona USA. Drift Stage diriliskan oleh Super Systems Softworks pada 24 Mei lalu. Game ini memuatkan kombinasi seni piksel dan pemodelan 3D untuk sentuhan moden dalam stail perlumbaan klasik. Pemain boleh mengakses game pada Steam atau menikmati mod multiperlumbaan dalam sebarang sistem operasi PC. Anda boleh menyertai perlumbaan biasa, percubaan mengejar masa, kejuaraan mod Career atau berlumba sejauh boleh dalam perlumbaan titik semak (checkpoint). Keupayaan mengubah kereta dan trek secara kustom, termasuk menyertai perlumbaan multipemain meningkatkan pengalaman permainan yang mengujakan.

5. PROJECT CARS 2

project-cars-2
Sekuel kepada Projects Cars oleh Slightly Mad Studios masih dalam peringkat pembiayaan. Daripada bunyi yang dimuatkan, game ini berbaloi ditunggu untuk tarikh rilis pada 2017. Dibangunkan untuk platform PC, Playstation 4 dan Xbox One, Projects Cars 2 memuatkan 200 trek dengan pelbagai bentuk muka bumi dan kondisi cuaca serta sejumlah kereta sama untuk dipilih. Pilih trek karier dan ambil perlumbaan kegemaran untuk bermula. Sertailah mod multipemain Online Track Days dengan pemain-pemain lain dalam talian untuk lebih keseronokan berlumba.

6. VALENTINO ROSSI: THE GAME

valentino-rossi-the-game
Pada 17 Jun ini, anda boleh menikmati karier perlumbaan sama seperti pelumba legenda, Valentino Rossi. Dengan tunggangan realisitik dan kondisi pemanduan menerusi perlumbaan dan rali, Valentino Rossi: The Game memaparkan segala terbaik yang sepatutnya sesebuah perlumbaan GrandPrix tawarkan. Syarikat Itali, Milestone ialah nadi utama yang bertanggungjawab membangunkan game hebat ini seperti siri MotoGP sebenar. Sebagai tambahan kepada tumpuan karier Rossi, pemain PC, Playstation 4 dan Xbox One juga dilayan menerusi pilihan motosikal mereka, pelumba, pasukan dan trek daripada musim 2016.

7. SPEED ELIXIR

speed-elixir
Electro Phantom Games bersedia memberikan pengalaman unik perlumbaan dunia terbuka bermula Disember 2016. Direka untuk mereka yang sukakan pemanduan pantas, Speed Elixir memuatkan lebih 15 mod permainan berbeza dan situasi perlumbaan terbuka sepenuhnya dengan pelbagai jenis dan tekstur muka bumi. Gaya permainan berasaskan siri Need for Speed dan mirip suasana perlumbaan arked. Anda boleh cuba percubaan masa, hot pursuits dan banyak lagi dengan opsyen permainan antara mod multi dan seorang pemain untuk pengalaman bermain lancar tanpa terganggu.

8. POWER DRIVE 2000

power-drive-2000
Jika anda peminat dunia futuristik seperti digambarkan dalam epik Sai-Fi 1980-an, Power Drive 2000 ialah game khas buat anda. Diriliskan untuk platform PC dan Playstation 4 pada 31 Mei lalu, pengalaman 'pergi jauh' daripada Megacom Games ini memuatkan enam mod berbeza untuk anda nikmati. Cubalah Race, Race, Outrun, Gauntlet dan banyak lagi sambil mendengar runut bunyi Syntwave. Kongsi pengalaman dengan pemain lain menerusi mod multi pemain dan kekalkan pendengaran pada bunyi kereta anda. Ini kerana anda tidak dapat mengagak apa yang bakal dikatakan.

9. ASSETTO CORSA

assetto-corsa
Bersama kolaborasi dengan Kunos Simulazioni, 505 Games meriliskan game pertama Assetto Corsa untuk Playstation 4 dan Xbox One di Eropah pada April lalu. Sebagai pemain, anda boleh memiliki lebih 100 kereta lumba terbaik di seluruh dunia untuk berlumba dalam 20 konfigurasi trek berbeza. Ubah kereta anda secara kustom dengan talaan sendiri bagi mendapatkan fiil perlumbaan seperti yang anda inginkan. Pilihlah ciri personal tersendiri untuk pengalaman permainan sempurna.

10. FORMULA FUSION

formula-fusion
Disebut sebagai game perlumbaan anti graviti. Rilis 2016 meletakkan anda di belakang roda dalam kenderaan terbang futuristik yang boleh dinaik taraf dan dikustomkan untuk meningkatkan prestasi. Berlumbalah menentang komputer, Playstation 4, Xbox One atau berentap dengan pelumba lain dalam mod multipemain untuk merasai pengalaman berlumba dalam suasana angkasa lepas pada kelajuan tertinggi.


10 game di atas hanyalah sedikit daripada banyak game yang menjadi tumpuan ramai membabitkan pelbagai pengalaman perlumbaan sepanjang 2016. Anda boleh memilihkan game di atas berdasarkan cita rasa sendiri sama ada simulasi pemanduan dalam trek sebenar atau perlumbaan masa depan dengan sentuhan sai-fi.

BACA >>>10 Game Racing Terbaik Android, Sudah Tentu Percuma

SUMBER: Proctocars.com

Related

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: 10 game perlumbaan terbaik 2016/2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev