• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Thailand Sekat Pergerakan Rentas Wilayah, Kes Meningkat Seperti Malaysia

Covid-19: Thailand Sekat Pergerakan Rentas Wilayah, Kes Meningkat Seperti Malaysia

April 1, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LANGKAH baharu dilaksanakan Kerajaan Thailand ini tidak banyak memberi impak terhadap harga minyak, tetapi dijangka meratakan keluk statistik mangsa Covid-19 di negara jiran itu, termasuk membantu mengurangkan masalah pencemaran udara.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) mensasarkan mengehadkan penggunaan pengangkutan awam sebanyak 90 peratus seluruh negara dalam usaha mengurangkan penularan wabak berkenaan. Semalam, Jabatan Pengangkutan mengumumkan penutupan pengangkutan awam di empat wilayah Selatan Thailand (Pattani, Yala, Narathiwat dan Phuket) kecuali kenderaan pengangkutan barangan, perubatan dan Kerajaan.

BACA >>> Covid-19: Nota Itali untuk Dunia, Sikap Tak Peduli Buatkan Negara Lumpuh, Merana

Ketua Pengarah, Jirut Wisanjit berkata, penutupan tersebut berkuatkuasa 30 Mac (kelmarin) dan diharapkan membantu mencegah wabak tersebut menular di wilayah lain.

"Semua mod pengangkutan awam kini dibatalkan dan penumpang mesti menghubungi agensi berkaitan untuk mendapatkan bayaran pulang," katanya.

Thailand juga bakal menguatkuasakan pelan lebih meluas membabitkan seluruh negara, kata Ketua Tentera Jeneral Apirat Kongsomgpong. Berbanding 21 Mac lalu, jumlah perjalanan orang awam seminggu kemudian (28 Mac) menurun mendadak sebanyak 46 peratus selepas Bangkok meminta rakyat tinggal di rumah dan mengehadkan pergerakan.

Penggunaan kereta peribadi juga menurun 41 peratus, manakala penumpang kereta api elektrik menurun 59 peratus sepanjang minggu yang sama. Begitu juga jumlah penumpang kereta api antara bandar (menurun 65 peratus) dan penumpang bot turun (menurun 40 peratus).

BACA >>> Covid-19: Honda Tangguh Pelancaran CBR300R di Thailand

MENINGKAT SAMA SEPERTI MALAYSIA

Jurucakap CCSA, Taweesin Visanuyothin berkata, keperluan menyekat perjalanan rentas wilayah itu dilaksanakan berikutan statistik terbaru yang mencatatkan peningkatan kes luar Bangkok.

"Bilangan pesakit di wilayah lain berkembang lebih cepat berbanding Bangkok. Kes di Thailand semakin meningkat pada kadar sama seperti Malaysia. Rakyat mesti bekerjasama dengan langkah kawalan penyakit ini," katanya.

Taweesin berkata, Kerajaan kini mengekalkan sekatan terhadap pergerakan rakyat di empat wilayah dalam Selatan Thailand. Di Phuket, kawasan pantai kini ditutup dan orang ramai diminta duduk di rumah bermula jam 8 malam hingga 3 pagi, termasuk mengehadkan perjalanan dan memakai topeng muka jika keluar di khalayak ramai.

Gabenor Phuket mengumumkan akan menutup sempadan darat dan laut serta Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket pada 10 April ini. Begitu juga Lapangan Terbang Narathiwat, pun akan menghentikan semua perkhidmatan hingga notis baharu dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, Jurucakap Pejabat Kerajaan meminta pihak media tidak menghantar wartawan ke Rumah Kerajaan di Bangkok, sebaliknya cukup sekadar mengikuti pengumuman Perdana Menteri dan Menteri Kabinet lain melalui video strim secara langsung.

BACA >>> Masalah Kedap Getah Tingkap, Honda Thailand Panggil Balik City (2020)

SUMBER: TheThaiger

Related

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Thailand, virus covid, wabak covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my