HONDA Mexico baru saja melancarkan streetbike CGL 125 Tool (2020) untuk pasaran negara itu yang mungkin sedikit sebanyak mengamit memori pemilik CG 125 Malaysia. Masih ingatkah anda?
CGL 125 Tool nampak menarik dengan mengekalkan identiti siri CG, termasuk menyerlahkan lagi rekabentuk badan berkotak gaya retro.
Bahagian depan menampilkan rekaan lampu utama bulat dengan mentol besar. Ada sepasang lampu signal belok capang tersembuk keluar di kiri dan kanan lampu utama. Panel meter pula direka segi empat, manakala cermin sisi nampak unik dengan batang bentuk Z untuk imej klasik Honda CGL.
BACA >>> Suzuki Filipina Perkenal Smash 115 Premium Edition dan Raider R150 Combat Series
Belakang motosikal dipasangkan menggunakan karier krom untuk muatan barang. Bar hendal dan frender depan juga dikromkan, sebaliknya madgad belakang menggunakan material plastik hitam. Pelana juga bergaya klasik. Ada strip pemisah untuk ruang penunggang dan pembonceng.
Rekabentuk fork depan teleskopik turut menguatkan elemen klasik CGL 125 Tool. Suspensi belakang disokong dwi absorber denga spring hitam yang menyambungkan swingarm dan frem belakang.
Konsol butang pada bar hendal membariskan punat pemati enjin (kill switch) dan tekan pemula (push start). Jangan terkejut, model ini masih mengekalkan suis untuk menyalakan atau mematikan lampu utama. Tidak dilupakan penendang kaki untuk menghidupkan enjin.
Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 125cc OHV ini mampu menjana kuasa 9.7hp @ 8,500rpm dan tork 8.8Nm @ 7,500rpm, manakala kotak gear jenis rotari 5-kelajuan. Sistem brek pula jenis dram untuk kedua-dua roda yang menggunakan rim jejari. Jadi tiada ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dibekalkan.
Tangki minyak mampu menampung kapasiti 10.5 liter petrol yang memang sesuai untuk tunggangan jarak jauh. Harga CGL 125 Tool (2020) dalam peso Mexico ialah $22,990 (RM4,170), lebih mahal $500 (RM90) berbanding model 2019.
BACA >>> Motor Jipang 'Pantra' Jadi Trend Unik Penunggang Filipina
GALERI
SUMBER: Honda.mx
Casey says
Nampak macam Honda Hawk 145 lama masa dulu, Hanya lampu jadi bulat je
Mohd Suffian Bin Mujid says
Bila motor Honda CG125 ini masuk pasaran Malaysia saya amat berminat memilikinya
Jan says
dulu kan dah ada CG125, dulu2 orang modify pakai gearbox 5 speed cb100, sbb cg ni 4 speed je 🙂
salahuddin says
Knp honda cg125 tk masuk malaysia .. sambutan dan permintaan tinggi..