• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lamborghini Miura SV (1974) Keluarga Diraja Arab Saudi Kini di UK, Bernilai RM13.8 Juta

Lamborghini Miura SV (1974) Keluarga Diraja Arab Saudi Kini di UK, Bernilai RM13.8 Juta

March 31, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


LAMBORGHINI Miura ialah model sport yang dikeluarkan antara 1966 dan 1973. Jika anda bukan peminat tegar supercar dan Lamborghini, mungkin sukar mengenali model ini.

Miura ialah supercar pertama menggunakan enjin tengah belakang (rear mid-engine) dengan konfigurasi dua kerusi yang merintis kepada spesifikasi standard model sport prestasi tinggi. Ketika dilancarkan, Miura ialah kereta terpantas atas jalan.

BACA >>> Lamborghini Catat Prestasi Terbaik Sepanjang 56 Tahun, SUV Urus Paling Laris!

Hanya dikeluarkan 150 unit, salah satu Miura SV menjadi milik keluarga diraja Arab Saudi. Dengan status si pemilik, Lamborghini membenarkan supercar tersebut dikemas kini menerusi tambahan sepasang kit kanard di depan untuk efek aerodinamik lebih baik ketika memecut laju.

Menurut akaun Instagram Joe Macari Performance Cars, Miura SV dari Timur Tengah itu tidak hanya meluangkan masa di bawah lampu sorot. Contoh, pada awal 2000-an, model tersebut ditemui di gudang dekat Riyadh yang ditutup kotak kadbod dengan perbatuan hanya 3,000km.

BACA >>> Tidak Percaya Tesla Power Ferrari Rancang Hasilkan Supercar Elektrik

Model itu meninggalkan koleksi kereta keluarga diraja Arab Saudi pada 2005 dan tiba di Amerika Syarikat untuk menjalani proses restorasi menyeluruh di bengkel Boblieff Motorcars. Proses baik pulih itu selesai pada 2007 melibatkan perubahan warna kelabu Grigio Metallizzato, manakala kabin disempurnakan dengan kemasan kulit jingga.

Model tersebut kemudian bertukar pemilik pada 2008 sebelum sekali lagi bertemu pemilik baharu pada 2010, iaitu pengumpul koleksi dari Eropah yang menghantar kereta itu kepada Joe Macari Classics di Britain.

Miura SV itu hanya merekodkan perbatuan cuma 5,759km, dan nilai semasa dianggarkan £2,595,000 (RM13.8 juta).

BACA >>> Lamborghini Catat Prestasi Terbaik Sepanjang 56 Tahun, SUV Urus Paling Laris!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe Macari Performance Cars (@joemacari) on Mar 30, 2020 at 6:42am PDT

GALERI

SUMBER: AutoEvolution

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Automobili Lamborghini SpA, Boblieff Motorcars, Joe Macari Classics, Joe Macari Performance Cars, Kereta Sport, Lamborghini Miura SV, Lamborgini, Roda4, Supercar, telefon pintar Lamborghini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my