KAWASAKI Ninja ZX-25R masih kekal sebagai produk misteri. Namun, itu tidak menghalang banyak media permotoran mengupas ciri yang ada pada sportbike suku liter 4-silinder berkenaan. Misalnya portal Jepun, Young Machine adalah antara media yang kerap mengemas kini maklumat mengenai model tersebut.
Terbaharu, Young Machine berkongsi analisis dan pandangan tentang fungsi salur ram udara (air ram) dan ekzos ZX-25R.
Dua komponen itu menggunakan struktur mufler tengah (midship muffler). Komponen ekzos terdiri daripada tiga lapis yang memberikan prestasi enjin berbeza. Salah satu daripadanya ialah rekaan ram udara, atau dikenali salur udara (air duct).
Jika diperhatikan, itu ialah saluran ambilan udara (air intake) yang melencong sebelah kiri badan hingga ke penapis udara. Salur atau terowong angin itu bertujuan menyuapkan udara bersih ke ruang pembakaran.
BACA >>> Kawasaki Buat Kejutan, Perkenal Ninja ZX-25R Versi Lumba
Bagi mencegah air termasuk ke ruang ambilan, ia sengaja direka begitu supaya air (hujan, atau percikan lopak air) dapat disingkirkan menerusi port khas (sedikit ke depan) dan dikeluarkan dari bolt buang (drain bolt) bahagian bawah. Ini bermakna air tidak tersedut ke salur dalam.
Malah, bahagian dalaman ekzos berbentuk kebuk menunjukkan beberapa ruang sekat yang memiliki fungsi tersendiri dalam menguruskan pelepasan emisi dan prestasi. Tiga ruang struktur sofistikated di bawah enjin itu diandaikan menghasilkan deruman khas 4-silinder 250cc.
Menariknya, perumah ekzos juga memiliki struktur tiga lapis yang memisahkan dinding luar dan dalam. Ia ada kaitan dengan aspek redaman bunyi (sound absorbing), meminimumkan bahang ekzos dan mengurangkan gegaran. Lapisan itu juga mungkin mampu melindungi kerosakan dinding dalam apabil berlaku kemalangan atau hentakan.
Pemilihan komponen juga tidak dipandang remeh kerana Kawasaki memilih material keluli tahan karat. Namun, segalanya cuma andaian dan bukan muktamad kerana analisis dibuat berdasarkan imej paten.
BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?
SUMBER: YoungMachine
Jan says
macam rugi je x boleh pasang slip on, maksud nya kalau nak tukar exhaust kena terus pasang full system, dan tune skali.
pendapat saya, tak ada orang yang beli motor ni sebab nak pakai exhaust standard, rugi la x boleh dengar sound 4 silinder yang high revving sampai 17k++ tu.
Ejad says
Kalau pakai slip on je mana nak kluar bunyi syahdu, elok la pakai midpipe atau full system terus.