• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 3,918 Penduduk Hulu Langat Diperintah 'Berkurung' dalam Rumah

3,918 Penduduk Hulu Langat Diperintah 'Berkurung' dalam Rumah

March 29, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter


BERMULA 12 tengah malam ini hingga 13 April, seramai 3,918 penduduk di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor diarahkan mematuhi perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti mana arahan sama dikeluarkan di Simpang Renggam, Kluang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  arahan PKPD itu dikeluarkan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 71 kes positif Covid-19 di Batu 23.

Atas nasihat KKM, arahan PKPD dikeluarkan yang melibatkan 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah, termasuk tujuh kampung dan dua perkampungan Orang Asli.

Menerusi perintah itu, semua penduduk dan pelawat yang sudah berada kawasan berkenaan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD, manakala semua laluan keluar masuk juga ditutup.

Semua aktiviti perniagaan juga dihentikan dan bukan penduduk serta pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan. Pada masa sama, makanan asas bagi tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk kampung menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sehubungan itu, Polis, Tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal keseluruhan kawasan berkenaan. Sebarang pertanyaan, penduduk kampung boleh menghubungi talian khas 03-89254809 / 03-89114200.

BACA >>> Covid-19: Tak Nak Patah Balik, Siap Ajak Polis Bertumbuk
BACA >>> #FAQ: Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat Covid-19

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Covid-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Penduduk Hulu Langat, penduduk hulu langat perintah duduk rumah, PKPD

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev