• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Mahu Lawan Suzuki Satria Indonesia, Honda Vietnam Perkenal 'Sonic Ferrari'

Mahu Lawan Suzuki Satria Indonesia, Honda Vietnam Perkenal 'Sonic Ferrari'

April 2, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH kedai motosikal di bandar Ho Chi Minh, Vietnam menawarkan Honda Sonic dengan kit badan Ferrari. Model kapcai tersebut menampilkan skema badan kuning-hitam dengan fairing dihiasi dekal Ferrari pada madgad, panel sisi, dan belakang.

Pada masa sama, pelekat Honda dan Sonic masih ditampal pada badan model berkenaan.

BACA >>> Suzuki Indonesia Lancar Warna Baharu Satria F150 (2020), Tiga Ciri Ditambah Baik

Bagi mengekalkan elemen sporty, Sonic Ferrari ini menggunakan rim 17 inci yang dicat kuning seperti warna badan. Tuil dan kaliper brek tidak menggunakan khidmat Brembo, tetapi Nissin standard dengan piston tunggal untuk kedua-dua roda.

Populariti Sonic meningkat semula selepas Suzuki Vietnam baru-baru ini mengimport Satria F150 dari Indonesia untuk dijual di pasaran negara itu.

BACA >>> Suzuki Vietnam Mula Jual Satria 150 (2020) CBU dari Indonesia, Harga RM9.6k

Walaupun Satria F150 (2020) menjadi sebutan, Sonic juga ada peminat yang boleh tahan ramai dengan menawarkan keunikan rekabentuk tersendiri. Sesetengah peminat motosikal mendakwa rekabentuk model Honda itu lebih menarik daripada model Suzuki.

Lampu signal belok Sonic disepadukan dalam satu unit lampu belakang, dan begitu juga lampu utama. Jadi tiada komponen bercapang terkeluar di sisi, sekali gus mengurangkan risiko lampu signal belok patah. Sebaliknya, Satria menggunakan lampu signal belok jenis capang selepas diimport masuk ke Vietnam.

Mengenai trenkuasa, Sonic dijana enjin silinder tunggal 149.1cc DOHC berkuasa 15.8hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm.

Sonic Ferrari ini dijual pada harga lebih 70 juta dong (RM13,020), iaitu lebih mahal 4 juta dong (RM743) berbanding Sonic standard keluaran Honda tempatan.

BACA >>> Honda Sonic 150R (2019) Kini dengan Warna, Grafik Baharu Lebih Agresif

GALERI
Ferrari Honda Sonic
Ferrari Honda Sonic 10
Ferrari Honda Sonic 3
Ferrari Honda Sonic 2
Ferrari Honda Sonic 9
Ferrari Honda Sonic 8
Ferrari Honda Sonic 1
Ferrari Honda Sonic 4
Ferrari Honda Sonic 5
Ferrari Honda Sonic 6
Ferrari Honda Sonic 7

SUMBER: Zing

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Sonic, Honda Sonic Ferrari, Honda Vietnam, Kapcai, roda2, Super Kapcai, super moped, Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev